Social Icons

Featured Posts

Saturday, April 18, 2015

Pertandingan Sambung Cerpen (Bulan Cakna Ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!

Bersempena Bulan Cakna Ilmu pada tahun ini, pihak Kelab UMNO Volgograd (KUV) telah mengadakan Pertandingan Sambung Cerpen buat pengarang-pengarang hebat di Volgograd ini.


Objektif pertandingan cerpen ini diadakan adalah bagi memberi peluang untuk pelajar-peajar di Volgograd ini menyerlahkan bakat yang terpendam itu.

Mungkin ada yang hebat dalam berkata-kata, tapi bagaimana pula dengan mereka yang hebat dalam menulis dan lebih memilih untuk melontarkan pendapat, pandangan dan fikiran mereka dengan penulisan karangan? Jadi, inilah peuang emas yang dinanti-nantikan!

Cerpen tersebut harusah dimulakan dengan ayat tersebut...

"Seusai mendaratnya kapal terbang di lapangan terbang Gumrak, ku melihat ....."

Penyertaan adalah sangat memberangsangkan dan cerpen yang dihantar juga sangat menarik dan penuh dengan kreativiti! Siapa sangka pelajar Malaysia di Volgograd ini bukan sahaja hebat dalam bidang medik dan sukan, malahan hebat juga mengarang!

Siapa kata jadi doktor tak boleh mengarang? Tak boleh berimaginasi dan menyerlahkan kreativiti serta bakat dalam bidang penulisan?

Dengan ini, kami pihak KUV ingin mengucapkan tahniah buat para pemenang!

Johan: AINUL FATIHAH BINTI MAZLAN, Tahun 4.
Naib Johan: MOHD KHAIRIL AZIAT BIN JAAFAR, Tahun 4.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua peserta yang menghantar karya anda kepada kami. Buat mereka yang tidak sempat hantar, dan juga tidak bertuah untuk kali ini, ingat, peluang itu sentiasa ada! Jangan berhenti dan jangan mengalah. Tetaplah untuk terus menyerlahkan bakat anda! Kami akan kembali lagi! ;)


Friday, April 17, 2015

Malam Apresiasi Ilmu (Bulan Cakna Ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!


Kelab UMNO Volgograd(KUV) dan IMAM dengan kerjasama MSA Volgograd menjemput semua pelajar Volgograd ke Malam Apresiasi Ilmu bersempena Bulan Cakna Ilmu pada 17 April, bertempat di Hotel Volgograd, pada 17hb April 2015 pukul 5 petang hingga 7.30 malam.

Pelbagai agenda yang menarik menanti semua!

cc MSA VSMU

Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah dengan kehadiran ramai pelajar.

Majlis dimulakan dengan Pertandingan Debat antara 2 kumpulan yang terhebat di Volgograd!

Pertandingan Debat Ala Parlimen!

Ketua Pihak Kerajaan, Mohamad Azhari Ruslan
petah mengutarakan pendapat dan pandangan.

Ketua Pihak Pembangkang, Sri Dayana Zuriyati
tak kurang hebatnya menangkas pandangan yang dilontarkan.

Kehangatan Debat semakin dirasai!

Majlis diteruskan pula dengan Pertandingan King of Diagnosis!

King Of Diagnosis, bermula!

Dari kiri: Intan Nor Asmarina Razali, Nur Adila Zawawi ; Tahun 6.

The only men from left: Wazien Ahmad, Cliff Asher ; Tahun 4

Dari kiri: Afifa Dzulkafli, Rita Melissa Jafri ; Tahun 6.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah buat para pemenang untuk pelbagai pertandingan.

Pemenang Pertandingan Debat Ala Parlimen:

Johan: Pihak Pembangkang
*Sri Dayana Zuriyati, Tahun 6
*Wan Izzatie Binti Wan Abdul Aziz, Tahun 6
*Nurul Hafiza Binti Md Khairi, Tahun 6

Naib Johan: Pihak Kerajaan
*Mohamad Azhari Ruslan, Tahun 5
*Mohamad Yusri Bin Shamsuddin, Tahun 5
*Helmi Bin Pornomo, Tahun 3

Title bagi pendebat terbaik Volgograd pula jatuh kepada... Wan Izzatie Binti Wan Abdul Aziz, Tahun 6!

Johan Keseluruhan bagi Bulan Cakna Ilmu 2015 telah dimenangi oleh.. Tahun 3!
Naib Johan diikuti oleh Tahun 4!
Dan tempat ketiga pula dipegang oleh Tahun 2!

Terima kasih buat Pn Fauzana atas kesudian beliau menghadiri majlis Malam Apresiasi Ilmu anjuran KUV dan IMAM dengan kerjasama MSA VSMU sekali gus menutup Bulan Cakna Ilmu 2015.

Pn Fauzana

Johan Debat

Naib Johan Debat

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada para pemenang! Semoga terus maju jaya dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Buat yang kurang bernasb baik, jangan berhenti di sini! Teruskan usaha, bangun dan bangkit kembali. Bersiap sedia untuk peluang yang seterusnya! ;)

Dengan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Bulan Cakna Ilmu dan Malam Apresiasi Ilmu pada tahun ini. Semoga kita semua boleh terus bekerjasama lagi pada masa hadapan dan terus mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk memeriahkan lagi kehidupan pelajar di Volgograd ini di samping menggilap bakat-bakat mereka ini.

Hingga berjumpa lagi semua!

Kudos to everyone!


Thursday, April 9, 2015

Pertandingan Menyambung Pantun (Bulan Cakna Ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!

Bersempena Bulan Cakna Ilmu 2015, Kelab UMNO Volgograd (KUV) turut menjalankan Pertandingan Sambung Pantun.

Siapa sini hebat berpantun? Angkat tangan sikit! ;)

Kalau zaman kecil-kecil dahulu, dalam kelas Bahasa Melayu, siapa masih ingat cikgu suruh kita berpantun, reka pantun dan main balas-balas pantun? Lepas tu, siapa yang hebat, cikgu akan pilih masuk pertandingan wakil sekolah. Uishhh, bukan main seronok lagi masa tu! :)

Objektif pertandingan ini diadakan termasuklah mencungkil bakat pelajar Malysia Volgograd dalam berpantun disamping mengangkat kembali salah stu puisi melayu sejati ini.

Seperti biasa, para pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan pantas dihantar ke page FB Kelab UMNO Volgograd - KUV.

Berikut merupakan poster-poster bagi pertandingan ini:

Untuk slot pertama : sila lengkapkan pembayang bagi setiap pantun.
Pemenang yang pantas dan tepat akan dipilih.

Untuk slot kedua : sila isi tempat kosong dengan
perkataan yang tepat bagi setiap pantun.
Pemenangnya... *drum rolls*

Johan: Anis Syakirah Azizol Rahman
Naib Johan: Chai Wan
Ke-3: Nurul Amirah Zakaria

Sekalung tahniah buat semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang bersungguh-sungguh menghantar jawapan anda kepada kami. Terima kasih!