Thursday, May 25, 2006

Laporan Kewangan Kelab UMNO Volgograd

Carta Pai Perbelanjaan untuk Acara Sukaneka dan BBQ

Pada mulanya, anggaran jumlah wang yang diperuntukkan untuk majlis sukaneka dan BBQ pada 8 Mei 2006, ialah 10 000 rub, namun akibat kenaikan harga ayam dan alatan kekal yang terpaksa dibeli, jumlah perbelanjaan menjadi 12 500. Setelah mengkaji dengan teliti, didapati perbelanjaan adalah dalam lingkungan memuaskan dan tidak terdapat sebarang pembaziran.
Baki kewangan kelab kini berjumlah 2050 rub dan masih terdapat ramai ahli kelab masih tidak menjelaskan yuran. Untuk rujukan, kini terdapat lebih 90 orang ahli yang mendaftar.
Diharapkan, kepada sesiapa yang masih belum menjelaskan yuran dapat melakukannya pada kadar segera sebelum cuti semester. Kami sedaya upaya akan meninggkatkan kualiti pengurusan kewangan kelab.
Sebarang cadangan atau komen boleh diajukan terus melalui email gizmo_pony@hotmail.com ataupun talian telefon +79178441315.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Khairul Mohd Khalid
Bendahari Kelab UMNO Volgograd

Saturday, May 13, 2006

Laporan Malam BBQ dan Sukaneka

Pada 9 Mei 2006 yang lalu telah diadakan acara tahunan julung-julung kali diadakan oleh Kelab UMNO Volgograd iaitu Malam BBQ dan sukaneka.

Aktiviti yang dinanti-nantikan ini memperlihatkan penglibatan seluruh warga Melayu dan bumiputera Volgograd yang rata-rata merupakan pelajar antara tahun pertama hinggalah tahun kelima. Acara ini diadakan di perkarangan Hostel Hiroshima yang sememangya menjadi tempat perkumpulan dan penganjuran aktiviti untuk pelajar-pelajar Malaysia Volgograd.

Meskipun keadaan cuaca yang agak dingin dengan suhu purata sekitar 15 darjah celcius beserta hujan renyai pada pagi itu. Namun, ia tidak meluntur semangat peserta untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Meskipun, 5 minit sebelum majlis bermula, ramai orang boleh dilihat telah pun memenuhi perkarangan Hostel.

Acara dimulakan dengan pengagihan peserta kepada 10 kumpulan. Sejurus selepas doa dibacakan, nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan dengan penuh bersemangat secara beramai-ramai.

Selepas taklimat sukaneka diberikan, acara sukaneka dimulakan. Beberapa pertandingan berjaya dilaksanakan antaranya ialah memenuhkan air dalam botol, membawa bola pingpong dalam sudu, membina kumpulan baru, meniup belon sampai pecah hinggalah ke acara mencari gula-gula tepung.

Acara ala-ala 'keanak-anakan’ sengaja dipilih agar dapat meruntuhkan rasa malu antara peserta, mewujudkan suasana ceria sewaktu aktiviti dijalankan seterusnya merapatkan ukhwah antara peserta. Penglibatan peserta adalah amat memberangsangkan. Riuh-rendah suara peserta ketika menyokong ahli masing-masing, keadaan yang hingar bingar ketika meraikan kejayaan mahupun gelagat peserta yang rata-ratanya mencuit hati nyata banyak menyumbang kearah keceriaan dan keseronokan majlis

Acara tersebut kemudian disusuli dengan santapan juadah BBQ. Rata-rata peserta berpuas hati dengan hidangan yang disediakan yang terdiri daripada sosej bakar, daging, sotong, nasi, ayam dan kek coklat. Sedikit pun tak terlihat rasa penat pada wajah peserta walaupun selepas berhempas-pulas dalam acara sukaneka.


Beberapa minit selepas itu, aktiviti diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi Kelab UMNO Volgograd, saudara Azzad Hamzah. Selain daripada ucapan terima kasih atas sambutan yang memberangsangkan daripada peserta, beliau turut menegaskan tentang peri pentingnya perpaduan antara seluruh warga Melayu Volgograd. Beliau turut menjelaskan tentang matlamat penubuhan kelab UMNO di Volgograd dan seterusnya menyeru kepada penyertaan seluruh warga Melayu Volgograd.




Acara ditutup dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang menang oleh pengerusi sendiri, saudara Azzad Hamzah diiringi oleh ketua projek Malam BBQ dan Sukaneka, saudara Khairul Mohd Khalid. Kumpulan 6 berjaya mengondol tempat pertama manakala tempat ke-2 dan ke-3 dimenangi oleh kumpulan 1 dan 2.

Rata-rata peserta ramai berpuas hati dengan aktivit yang dijalankan. Masing-masing pulang dengan senyuman, kegembiraan dan kepuasan yang jelas terpancar daripada wajah peserta. Apa yang lebih penting ukhwah antara warga Melayu Volgograd berjaya dieratkan. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada hadapan.


Aktiviti ini pada sudut pandangan yang lain:





Sunday, May 7, 2006

Kumpulan Sukaneka

Kumpulan 1

1. Nur Dziannis Murnie Hanizan
2. Norazean Mat Zaid
3. Azzad Hamzah
4. Najmi Ismail
5. Syed Hussein Syed Azhar
6. Ikram Rauhi Che Ibrahim
7. Nor Farizah Abd Muin
8. Sabarinah Sapdi

Kumpulan 2

1. Noor Sharizat Abdullah
2. Haneem Abd. Hamid
3. Mohd Helmi Zakariah
4. Ahmad Shafwan Abdullah
5. Ahmad Falah Hamzah
6. Mohd Haidi Syuhairi Hanafi
7. Mawaddah Abd. Malik
8. Sharina Haron

Kumpulan 3

1. Nurul Husna Abd Ghani
2. Nor Salina Rani
3. Mohamad Safwan Zainuddin
4. Hidayatil Alimi Keya Nordin
5. Tuan Zamani Amir Tuan Zakaria
6. Zuraidah Sufian
7. Hafiz Aizat Shuhaimi
8. Tengku Nordiana Tengku Hamzah

Kumpulan 4

1. Ruzanna Saihani
2. Nur Aainaa Farhana Che Awang
3. Mohd Hafidzudin Zainal Abidin
4. Afham Naqiuddin Osman
5. Mohd Zulhairi Jusoh
6. Nurnazihah Md. Yusof
7. Noor Azimah Ab. Aziz
8. Nurhidayah Abd. Halim

Kumpulan 5

1. Farhana Ishak
2. Farah Sabreena A. Aziz
3. Md. Hanif Md. Arif
4. Mohamad Faisal Bakar
5. Tengku Nor Diana Mariana Tengku A. Bakar
6. Mohd Hafizuddin Husin
7. Aiza Nur Izdihar Zainal Abidin
8. Khairunnisa Ngah

Kumpulan 6

1. Nur Haryanti Izumi Suhaimi
2. Hazwani Liyana Abd. Halim
3. Mohd Husainy Yusof
4. Mohd Firdaus Md Nor
5. Ahmad Adib Mohd Nasir
6. Muhammad Tarmizi M. Fauzi
7. M. Ezzra Shah Rahman Shah
8. Sakinah Sharom Nizan

Kumpulan 7

1. Nur Sabrina Mohamad Sabri
2. Nurul Hayati Abu Hassan
3. Azhar Osman
4. Raja Mohd Hazrul Fadzlee Raja Ibrahim
5. Muhammad Shukri Said
6. Mohammad Azrul Abdul Rashid
7. Mohamad Hafiz Mohamad Jamil
8. Syazwani Mohd Tajudin

Kumpulan 8
1. Nur Anis Ilyani Mat Noor
2. Siti Syuhada Yusof
3. Mohammad Fairuz Rahmat
4. Muhamad Hanif Kamasan
5. Syed Mohd Adli Syed Mohd Gawi
6. Mohd Hilmi Afandi Md. Jamil
7. Mohd Attaful Uzair Arshad
8. Nurul Ashikin Jayah

Kumpulan 9

1. Fatin Aliaa Othman
2. Mohd Firdaus Arifin
3. Shairazi Azizi Mohd Salleh
4. Muhammad Nor Hisyam Baharuddin
5. Suraya Hashim
6. Nasrun Hasenan
7. Siti Nurbayah Baharin
8. Siti Zubaidah Abdullah

Kumpulan 10

1. Farha Izyan Mohd Hanafiah
2. Azwan Zhafri Bashir Ridha
3. Mohd Azali bin Zakariah
4. Dumin Balingi
5. Faizal Ibrahim
6. Khairul Laili Kamaruzaman
7. Borfahida Che Mat
8. Siti Iliana Mohamad

Aturcara Malam BBQ dan Sukaneka

5.30 petang: Berkumpul di Hostel No 4

6.00 petang: Acara Sukaneka Bermula

7.30 petang: Acara sukaneka berakhir
Malam BBQ Bermula

8.30 petang: Malam BBQ berakhir.

Sebarang maklumat lanjut boleh diajukan kepada mana-mana AJK.

Terima Kasih.

Tuesday, May 2, 2006

Yuran Keahlian

Perhatian kepada semua ahli Kelab UMNO Volgogard, Adalah amat diharapkan agar anda semua dapat menjelaskan yuran tahunan sebanyak 200 ruble sebelum atau pada hari jumaat ini pada saudara Khairul atau saudari Sabarina. Kerjasama sama adalah amat dihargai, Terima Kasih.

Harap Maklum.