Saturday, November 25, 2006

Laporan jamuan hari raya(Jom Raya 2006)




Pada 5 november 2006 yang lalu telah diadakan acara tahunan julung-julung kali diadakan hasil kerjasama Kelab UMNO Volgograd dan kelab PPIM chapter Volgograd iaitu jamuan hari raya(Jom Raya 2006).

Jom raya 2006 telah berjaya merapatkan tali silaturrahim antara pelajar-pelajar melayu Volgograd dan sekali gus merapatkan ukhwah persahabatan antara pelajar-pelajar melayu dan bukan melayu volgograd.Hal ini dapat dilihat semasa majlis berlangsung dan sebelum majlis berlangsung.Pelajar berkerjasama tak kira usia dan jantina bertungkuslumus bagi menjayakan majlis jom raya 2006.

Tepat pukul 1130,majlis jom raya bermula dengan pengumuman kehadiran presiden kelab umno Volgograd,presiden kelab PPIM Volgograd dan ketua projek Jom raya 2006.
Majlis jom raya 2006 telah diceriakan dengan celoteh dan lawak jenaka pengerusi majlis,saudara Mohd Fadly dan saudari Haneem. Mereka berbalas-balas pantun dan berjenaka,menghiburkan pelajar-pelajar yang hadir.


Acara yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar ialah menjamu selera. Juadah majlis Jom raya 2006 pada kali ini ialah nasi putih,ayam masak merah,nasi impit,kuah kacang,sate goreng,acar dan buah-buahan sebagai pemanis mulut.Para pelajar beratur untuk mengambil makanan dan mereka menikmati makanan bersama sahabat handai mereka.


Setelah semua pelajar selesai menunaikan solat zohor,acara diteruskan dengan slide show.Slide show ini adalah hasil kerja saudara Yadie,pelajar tahun satu.Slide show ini memaparkan gambar-gambar kenangan sambutan hari raya yang lepas dan juga iklan-iklan hari raya yang lepas.Semua pelajar tak kering gusi ketawa menyaksikan gambar-gambar mereka yang tersiar dan tersenyum sendirian mengenangkan kenangan hari raya yang lepas.


Majlis telah dimeriahkan dan dihangatkan lagi dengan acara cabuatan nama bertuah.Sebanyak 10 hadiah telah diperuntukan bagi acara ini.Pelajar-pelajar yang bertuah ialah Nur Salina,Tengku Nor Diana Mariana,Nurul Husna,Sabrina,Naimah,Mohd Fadly,Mohd Izat,Nik Mawadah, dan 2 pelajar yang lain.



Tidak cukup dengan acara cabutan nama bertuah dan majlis hari jadi, majlis diserikan dengan sesi fotografi. Ajk-ajk kelab Umno dan ppim bergambar,dan disusuli dengan ajk-ajk jom raya 2006. Kemudianya, para pelajar bergambar dengan sahabat handai mereka mengikut warna tema baju raya mereka (kuning,merah,hijau,biru,hitam,ungu dan lain-lain)dan mengikut batch.

Maljis jom raya 2006 disudahi dengan acara yang paling ditungu-tunggu oleh semua tetamu yang hadir iaitu pengumuman pakaian terbaik bagi Melayu dan kaum bukan melayu.Pemenang bagi acara ini berjaya membawa pulang hadiah cenderahati dan gelaran jejaka terhangat dan gadis idaman.Pemenang bagi acara ini ialah saudara Adib,saudara Eric,saudari Aiza dan saudari Chua Ai Chen.
Majlis jom raya 2006 berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Rata-rata tetamu berpuas hati dengan aktivit yang dijalankan. Masing-masing pulang dengan senyuman, kegembiraan dan kepuasan yang jelas terpancar daripada wajah mereka. Apa yang lebih penting ukhwah antara warga Melayu dan bukan melayu Volgograd berjaya dieratkan. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada hadapan.

No comments: