Monday, October 22, 2007

Keputusan Pertandingan Klip Video

Tempat pertama
Tajuk: Fajar Volgo
Pengarah: Helmi



Tempat Kedua
Pengarah: Maher & Ezuan
*Muat-naik klip video tergendala


Tempat Ketiga
Tajuk: Karenah
Pengarah: artramulo

Wednesday, October 10, 2007

Pertandingan Klip Video

Berbakat dalam mengarah klip video? Inilah peluang terbaik anda! Sertailah pertandingan mencipta klip video bertemakan 'PERPADUAN' anjuran KUV. Butir-butir tentang pertandingan adalah seperti dibawah:

Tarikh pertandingan: 8 Oktober 2007 - 19 Oktober 2007
Tema: Perpaduan

Syarat penyertaan:
  1. *Setiap penyertaan adalah secara berkumpulan( ahli kumpulan tidak terhad ).
  2. *Setiap kumpulan digalakkan untuk mengambil ahli-ahli yang terdiri daripada kaum Melayu,Cina dan India.
  3. *Setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu klip video sahaja.
  4. *Klip video mestilah bertemakan perpaduan dan digalak berimejkan Volgograd.
  5. *Tidak dibenarkan menyelitkan isu-isuperkauman, politik dan unsur lucah.
  6. *Jangka masa setiap klip video adalah 3-5 minit.
  7. *Bahasa yang digunakan dalam klip video perlulahajelas dan mudah difahami.
  8. *Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan bahasa yang kotor atau lucah.
Tempat Pertama = Hamper+ 1000 rb tunai!
Tempat Kedua = Hamper+ 700 rb tunai!
Tempat ketiga = Hamper+ 500 rb tunai!

BAGI PARA PEMENANG ,VIDEO KLIP MEREKA AKAN DITAYANGKAN PADA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI!

Semua klip video boleh diserahkan kepada:

Khairul Afham (1st year)
Yadie (2nd year)
Sakinah (3rd year)
Sab Sapdi (4th year)
Ritawati (5th year)
Shamsul Faizal (6th year)

Sebarang penyertaan, sila hubungi:

Faiz (2nd year) +79178390702
Syazana (2nd year) +79275231013

KUV kembali!

Assalamualaikum w.b.t,

Sukacita dimaklumkan bahawa blog KUV telah kembali beroperasi! InsyaAllah, dalam masa yang terdekat ini, sebarang maklumat tentang aktiviti-aktiviti KUV dan pengumuman atau penerangan yang berkaitan dengan ahli kelab akan disiarkan di blog. Harap maklum.

Tuesday, July 10, 2007

Kemaskini


Pengemaskinian blog akan dilakukan. InsyaAllah pada masa-masa akan datang blog ini bakal dijadikan saluran berita tentang aktiviti masyarakat Melayu khususnya siswa-siswi di Volgograd.

Untuk sementara waktu, satu fotopages telah dibangunkan.

Sila rujuk pada 'sidebar' di sebelah, terima kasih

Saturday, March 10, 2007

Kumpulan Tahun 3

3rd year

kapten: blue

cs:
1.azhar
2.telo
3.bone
4.adib
5.latish

w11:
1.blue
2.arul
3.chris
4.joe

saidina:
1.hazimah

congkak:
1.zuraidah

batu seremban:
1.nasrun
2,iliyana

scrabble:
1.sabrina sabri
2.mawaddah

piramida:
1.khairunnisa
2.hidayah
3.farhana

dam ular:

chess:
1.shikin

Kumpulan Palam Pencucuh (Tahun 1)

Kapten: Maher Ilham bin Alias

1.CS-yadie,nadzrul,hariz,fong,ivan

2.Winning eleven-safuan,faiz,anuar,syazwan,abang

3.Chess-izwan

4.Dam ular-maherilham

5.Saidina-ramesh

6.Congkak-syazana

7.Batu seremban-sakinah,afni

8.Piramida-kak ma, sayleni, ramdan

9.sahiba-aqeela,bala

Kumpulan Tahun 4

Kapten: Ezzra
Nama Kumpulan:

counterstrike
1.kimi
2.azzad
3.danial
4.safwan
5.aizudeen

winningeleven
1.khalid
2.bunge
3.atak
4.zack

scrabble
1.haneem
2.satitra

piramida
1.sua
2.sdar
3.syafiq

dam ular
1.ezzra

chess
1.aja

congkak
1.naim

batu seremban
1.nurul

saidina
1.hana

Thursday, March 8, 2007

Pengumuman

Malaysian Indoor And Recreational Competition (MiRC)
Pertandingan Indoor dan Rekreasi Malaysia.


PENYERTAAN:


Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN:
1. Counterstrike 5 orang (lelaki)
2. Winning Eleven Pro Evolution Soccer 5 orang (lelaki)
3. Sahiba 2 orang (terbuka)
4. Piramida 3 orang (terbuka)
5. Dam Ular 1 orang (lelaki)
6. Catur 1 orang (terbuka)
7. Congkak 1 orang (perempuan)
8. Batu Seremban 2 orang (perempuan)
9. Saidina 1 orang (terbuka)

SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan berkonsepkan ‘team play’: akan ada pemenang bagi setiap permainan dan markah keseluruhan
Setiap batch memerlukan 1 pasukan yang terdiri daripada 20 orang peserta
Setiap pasukan perlulah mempunyai nama pasukan, motto, logo tersendiri.

Wednesday, March 7, 2007

Gempa Bumi di Padang Indonesia

6 Mac -- Beberapa gegaran kecil telah berlaku di Padang, Indonesia pada sekitar tengahari tadi waktu Malaysia.

Dilaporkan bahawa tiada kemalangan ataupun kerosakan yang berlaku sepanjang gegaran kecil itu berlaku, walau bagaimanapun sumber dari Pengerusi Kelab UMNO Padang, Nor Haizura mengatakan berlaku seketika gangguan elektrik.


"Kepada semua pihak yang mempunyai kenalan ataupun keluarga di Padang tidak perlu bimbang kerana gegaran seperti ini sudah biasa berlaku", kata Nor Haizura lagi.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata sehingga kini pihaknya menerima laporan mengenai gegaran di dua negeri berkenaan terutama dirasakan oleh mereka dalam bangunan tinggi.

"Kejadian gempa itu berlaku pada 11.49 pagi tadi di Sumatera Selatan, Indonesia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Jurucakap itu menambah gempa bumi itu, bertahap sederhana berlaku 65km ke Barat Laut Padang Indonesia; 372km ke Barat Daya Melaka.

"Kejadian itu tidak memberi ancaman tsunami," katanya.

Monday, January 1, 2007

'2007 DETIK ISTIMEWA UNTUK NEGARA'

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengajak rakyat negara ini menjadikan 2007 yang juga ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 sebagai tahun istimewa, dengan melakukan lebih baik daripada biasa dalam apa juga bidang mereka ceburi.


Timbalan Perdana Menteri, berkata rakyat tidak seharusnya menyambut 50 tahun kemerdekaan sebagai hanya satu perayaan semata-mata, sebaliknya menjiwai sepenuhnya sambutan itu.


“Mari jadikan tahun depan sebagai satu tahun istimewa bagi Malaysia.


“Istimewa bukan hanya perayaan tetapi dari segi peranan dan sumbangan serta apa saja yang kita lakukan sebagai warga negara Malaysia...kita lakukan sesuatu yang lebih daripada biasa,” katanya berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2006 peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berangkat melancarkan majlis yang dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Kekkwa).


Rumah terbuka itu adalah acara rasmi peringkat kebangsaan pertama yang dihadiri Tuanku Mizan sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.


Turut hadir ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Dr Maximus Ongkili; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.


Najib yang diminta mengulas lanjut harapannya itu berkata, rakyat perlu menterjemahkan perkara itu dalam bentuk meningkatkan peranan, kebolehan serta pencapaian masing-masing dan semangat itu mesti membara dalam setiap sanubari warga Malaysia.


“Jika bekerja, mungkin jadi seorang pekerja yang lebih produktif, lebih berdisiplin. Sebagai seorang ahli perniagaan, kita menjadi ahli peniaga yang berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mengembangkan perniagaan.


“Seorang petani boleh menjadi petani yang lebih tekun dan berjaya lagi. Kalau kita seorang pendidik, kita terpanggil untuk menjadi pendidik yang lebih sempurna,” katanya.


Terdahulu, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga kerana dapat hidup dengan aman dan dapat mengamalkan perayaan agama masing-masing.


“Paling bermakna, perayaan agama besar di Malaysia, diangkat menjadi perayaan peringkat nasional yang turut dihadiri ketua pemimpin negara,” katanya.


Beliau berkata, program rumah terbuka seperti itu harus diteruskan kerana ia mampu memupuk perasaan hormat-menghormati, selain memberi pendedahan mengenai kebudayaan kaum lain.