Monday, April 7, 2008

Kuiz Kefahaman Islam Ya Arif Bulan Amali Muslim

1.Sylibus Kuiz Kefahaman Islam ‘Ya A’rif’

2.12 Surah Terakhir juz 30 beserta Tafsir
-Sejarah Nabi : Idris,Saleh,Ibrahim,Daud,Yunus,

3.Feqah
-Solat,puasa,konsep dosa dan pahala
-Sumber Syariah Islam

4.Pengetahuan Am

Bulan Amali Muslim


PERTANDINGAN MENULIS KHAT

PERTANDINGAN MENULIS KHAT


Terma dan Syarat :


2 kategori yang dipertandingkan :
i) lelaki
ii) perempuan


Hanya 3 penyertaan dari setiap kategori dikira sebagai pemenang.


Kos pembiayaan setiap karya untuk pertandingan adalah tanggungan sendiri.


Hasil karya yang dihantar hendaklah disertakan bersama-sama (ditaip atau ditulis) pada belakang penyertaan dengan maklumat berikut :i . nama penuh ii. tahun pengajian


Semua hasil karya pertandingan yang dihantar untuk menyertai pertandingan ini adalah menjadi hak milik pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan seperti penerbitan, pameran dan sebagainya.


Penyertaan hendaklah dalam bentuk menulis khat. Penyertaan dalam bentuk melukis khat dianggap tidak layak.


Pengunaan alatan untuk menulis adalah bebas.(pen atau pensel)..
Hadiah adalah berupa wang tunai (rubel).


Peserta hendaklah menulis semula ayat dibawah dengan mengunakan tulisan jenis nasakh sahaja seperti contoh.






Penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 20/4/2008 kepada wakil batch masing-masing. Zamani(6th year), Rita(5th year), Ikram(4th year), Uzair(3rd year), Nadzrul(2nd year), Muslim(1st year)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi +79272505482

Pertandingan Hafazan Bulan Amali Muslim

Peraturan Pertandingan

Setiap peserta akan diberi satu soalan
Setiap soalan mengandungi satu surah dari surah panjang,satu soalan dari surah sederhana dan satu dari surah pendek
Peserta akan diadila dari 3 kriteria
Tajwid : 20 Markah
Bacaan : 20 Markah
Kelancaran : 20 Markah

Surah Pendek
Al_Kafirun
Al-Ikhlas
Al-Nasr
Al-Falaq
Al-Kauthsar
Al-Masad
An-Nas

Surah sederhana
Al-Qariah
Al-Maun
Al-Humazah
At-Takathur
Al-Zalzalah
Al-Qadr
At-Tin
Al-Insyirah

Surah Panjang
Al-Bayyinah
Al-A’laq
Ad-Dhuha
Al-Lail
As-Syams
Al-Balad

Tarikh : 27 April 2008

Pendaftaran
(Brothers) Wan Ezzrul Redza (1st Year)
(Sister) Mawaddah bt. Abd Malik (4th Year)

Tuesday, April 1, 2008

Projek KAMIL (Ke Arah Melahirkan Insan Luhur) MISI 1 (Perpaduan Kemuafakatan dan Integrasi Komuniti)

MISI 1: Perpaduan, Kemuafakatan dan Integrasi Komuniti

Konsep 3S: Senyum, Sapa dan Salam

Saya pasti konsep ini telah lama diketahui oleh semua kita di sini semenjak kali pertama kita menjejakkan kaki ke bumi Volgograd. Ini pesanan yang diingatkan abang-abang dan kakak-kakak kita dan ianya telah pun menjadi budaya yang telah tersemat di hati kita semua. Maka adalah amat diharapkan kalau kita boleh mempertahankan suasana mesra ini: Apabila berjumpa kita senyum, kemudian menyapanya dan memberikan salam atau ucapan selamat

Pengabungan

Komuniti Volgograd bukanlah satu komuniti yang besar namun keharmonian yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perpaduan antara kita. Bagi menunjukkan kesungguhan organisasi-organisasi yang wujud di Volgograd ini (KUV, PPIM, MSA) terhadap perpaduan ini maka telah berlaku pengabungan dari segi beberapa Biro:


Biro Kebajikan PPIM bergabung dengan Biro Kebajikan KUV
Biro Communication, Information and Source PPIM bergabung dengan Biro Informasi dan Komunikasi KUV (penghasilan Milestone)

Selain itu juga, ini dapat menjimatkan tenaga kerja dan sumber yang ada seterusnya membolehkan kita menumpukan pada matlamat yang sama

Kerjasama

Melalui hal yang lain pula,KUV bersedia untuk berkerjasama dalam beberapa projek yang dirasakan boleh di buat usaha sama antara ketiga-tiga organisasi ini. Ini dapat dilihat pada beberapa acara yang telah pun berlansung kebelakangan ini

Sambutan Jom Raya (Kerjasama KUV dengan PPIM)
Program Celikkan Hatimu (Kerjasama KUV dengan PPIM)
Malaysian Indoor and Recreational Community (Kerjasama KUV dengan MSA)
dan pelbagai lagi aktiviti akan datang.

Bagi kami, sumber dan keupayaan yang kami ada bukanlah milik kami tetapi hak komuniti untuk dimanfaat ke arah sesuatu yang lebih baik terutamanya bagi mempertahankan keharmonian kita.

Katakan Tidak pada Mengumpat dan Fitnah

Setelah lama, komuniti Malaysia bertapak di Volgograd ini. Kita dapat melihat sendiri bagaimana budaya mengumpat dan berbuat fitnah telah beberapa kali telah menganggu gugat dan mengoncang keharmonian kita bersama.

Maka KUV menyatakan pendiriannya dan menentang keras terhadap budaya Mengumpat dan Fitnah ini. Kita perlu sedar terhadap setiap apa yang kita katakan dan kesannya terhadap komuniti ini. Malah kami sendiri mengharapkan kalau pun ada perselisihan faham, maka gunakanlah saluran yang betul.

Sekiranya ia melibatkan soal organisasi dan pemimpin-pemimpin antara kita; daripada kita mengheboh-hebohkannya dikhalayak ramai dan mengajak mereka memilih pihak maka lebih baik diadakan perjumpaan tertutup dan bersemuka.

Ziarah dan Prihatin

KUV juga memberi sokongan yang baik terhadap budaya-budaya yang wujud seperti ziarah-menziarahi antara rumah ke rumah (dengan mengikut lunas-lunas agama dan adab-adab pergaulan), sikap prihatin kita terhadap mereka yang sakit, memberi pertolongan kepada mereka yang ditimpa kesusahan, khairat kematian dan sebagainya yang membantu untuk membentuk komuniti Malaysia Volgograd menjadi sebuah yang prihatin dan saling bantu membantu antara satu sama lain

Komuniti Malaysia Volgograd mungkin tidak memiliki segala-galanya tetapi dengan apa yang kita ada, kita bersyukur, berbangga dan pertahankan sedaya upaya kita. Ingatlah bahawa inilah komuniti yang kita bentuk bersama dan Keharmoniannya bergantung kepada setiap daripada kita. Di Volgograd, setiap anda menyumbangkan sesuatu dan setiap dari kita diambil kira.