Tuesday, March 3, 2009

Perancangan Bulan Amali Muslim

1 Mac - Perasmian & Pelancaran Bulan Amali Muslim
15 Mac - Kursus Pengurusan Jenazah & Solat Sempurna
22 Mac - Pertandingan Hafazan
28 Mac - Tarikh Tutup Pertandingan Menulis Khat & Pertandingan Mengarang Sajak
29 Mac - Tarikh Tutup Pertandingan Multimedia Islam

Setiap Hari - Projek 1Ruble Sehari (untuk sumbangan Kirovsky)
Setiap Sabtu - Tarikh Tutup Teka Silangkata

p/s: Simpanan Projek 1Ruble Sehari boleh diserahkan kepada wakil tahun pengajian masing-masing

Wakil Setiap Tahun Pengajian

>

Wakil setiap tahun pengajian berperanan untuk anda:

· Menghantar karya khat, sajak dan video

· Memberi nama untuk penyertaan hafazan al-Quran

· Mendapatkan borang kuiz teka silangkata mingguan

· Membuat pembayaran bagi setiap penyertaan sebanyak 10 rubles untuk Tabung Kirovsky.

· Mengutarakan sebarang pertanyaan dan mendapatkan maklumat terkini Bulan Amali Muslim 1430H

Wakil Tahun Pengajian Anda:

1st dan PreMed – Aizzat / Nazmeen

2ndZhafri / Amalina

3rdNadzrul / Masayu

4thUzair / Sakinah

5thAfham / Gmex

6thWan Nur Anis

Pertandingan Hafazan

Peraturan Pertandingan

  • Setiap peserta akan diberi satu soalan
  • Setiap soalan mengandungi satu surah dari surah panjang,satu soalan dari surah sederhana dan satu dari surah pendek
  • Peserta akan diadila dari 3 kriteria
  1. Tajwid : 40 Markah
  2. Bacaan : 30 Markah
  3. Kelancaran : 30 Markah

Surah Panjang

1. Al Insyiqaq

2. Al Buruj

3. At Tariq

4. Al A'la

5. Al Ghasiyah

6. Al Fajr

7. Al Balad

8. Al Lail

9. Al Bayyinah

10. Al Alaq

Surah Sederhana

1. As Syams

2. Ad Duha

3. Al Qariah

4. Al A'diat

5. Al Zalzalah

6. At Takathur

7. At Tin

8. Al Insyirah

Surah Pendek

1. Al Nasr

2. Al Kauthar

3. Al Quraisy

4. Al Maun

5. Al Humazah

6. Al Fil

7. Al Qadr


Tarikh pertandingan: 22 Mac 2009

Pertandingan Menulis Khat

perempuan

  • Hanya 2 penyertaan dari setiap kategori dikira sebagai pemenang.
  • Kos pembiayaan setiap karya untuk pertandingan adalah tanggungan sendiri.
  • Hasil karya yang dihantar hendaklah disertakan bersama-sama (ditaip atau ditulis) pada belakang penyertaan dengan maklumat berikut :

i . nama penuh

ii. tahun pengajian

  • Semua hasil karya pertandingan yang dihantar untuk menyertai pertandingan ini adalah menjadi hak milik pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan seperti penerbitan, pameran dan sebagainya.
  • Penyertaan hendaklah dalam bentuk menulis khat. Penyertaan dalam bentuk melukis khat dianggap tidak layak.
  • Pengunaan alatan untuk menulis adalah bebas.(pen atau pensel)..
  • Peserta hendaklah menulis semula ayat dibawah dengan mengunakan tulisan jenis NASAKH sahaja seperti contoh.
  • Pengiraan markah adalah seperti berikut :

Format tulisan (khat nasakh) : 50 markah

Kekemasan : 25 markah

Hiasan : 25 markah

  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 MAC 2009
  • Contoh:

Pertandingan Mengarang Sajak Islam

  1. Terbuka kepada SEMUA muslimin dan muslimat
  2. Bilangan penyertaan TIDAK TERHAD.
  3. Setiap penyertaan berharga hanya 10 RUBLES. Mari berkarya sambil menderma!!
  4. Karya yang dihantar mestilah karya yang ASAL, SAHIH, dan ASLI dari jiwa pengarang yang sebenar.
  5. Tema yang digarap meliputi: (Tema Kirovsky) / (Tema Palestin)
  6. Tarikh tutup penyertaan – 28 MAC 2009 .
  7. Hantarkan karya anda kepada wakil setiap tahun pengajian.
  8. Hadiah lumayan menanti setiap pemenang!! Sertailah beramai-ramai!!

“Amal Bermula, Iman Tercoret”

Pertandingan Multimedia Islam (Video)

Sempena bulan Amali Muslim,Persatuan Perubatan Islam Malaysia dan kelab Umno Volgograd menganjurkan pertandingan Mencipta Video kreatif

Syarat-syarat Pertandingan

  1. Terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat di Volgograd
  2. Tema video adalah bebas tapi bercirikan Islam(contoh ; nasyid,sketsa,Drama,Dikir barat,dan lain-lain mengikut kreativiti peserta)
  3. Masa bagi setiap video adalah minimum 5 minit
  4. Bilangan Video yg dihantar bagi setiap peserta adalah tidak terhad.penyertaan boleh berbentuk perseorangan ataupun berkumpulan
  5. watak-watak dan karektor yang terlibat dalam video hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat..Sebarang bentuk pergaulan bebas yang tidak sihat adalah ditegah(stroga zapresyena)

Tarikh tutup penyertaan adalah 29 MAc 2009.Penyertaan boleh diserahkan kepada

Wan Ezzrul Redza b Wan Shahidan(2nd year)
Id ym ; ezzrul89@yahoo.com.my

Video yang terpilih akan diupload kedalam Youtube ataupun mana-mana laman web atau blog Pihak pengelola