Saturday, December 25, 2010

SYARAT2 PERTANDINGAN 'BATTLE OF PAINTBALL 2010'

SETIAP PERLAWANAN AKAN DIADAKAN SELAMA 15MINIT

SISTEM SCORE 'CAPTURED THE FLAG' :
- dalam masa 15minit,pemenang akan dikira berdasarkan jumlah 'captured flag' terbanyak,contohnya seperti score dalam bola sepak.
- setiap penembak akan terkeluar jika : headshot, 2x ditembak di badan, 2x ditembak di kaki.
- penembak yang terkeluar (apabila ditembak) boleh masuk semula selepas mana2 pasukan telah berjaya 'captured the flag' (maksudnya selepas mana2 pasukan berjaya melakukan 'captured flag', pusingan baru akan dimulakan dengan semua pemain masuk semula)
- pengadil akan diadili oleh pasukan2 lain, (macam liga volgo dahulu)

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PASUKAN!
MAJULAH SUKAN DAN PERPADUAN DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA!

MAKLUMAN MENGENAI PERJALANAN 'BATTLE OF PAINTBALL 2010'

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERJALANAN
'BATTLE OF PAINTBALL 2010'

0900 - SEMUA PELAJAR BERKUMPUL DI ASTANOVKA 7-Я ГВАРДЕЙСКАЯ
0930 - MASHRUT AKAN MEMBAWA SEMUA PELAJAR KE LOKASI PERTANDINGAN
1000 - 1200 - 'BATTLE' BERMULA!

1230- PENYAMPAIAN HADIAH DAN BERSURAI

JADUAL PERLAWANAN

1) TIBAI VS 'VSE SILNI'       

2) THE HEADHUNTERS VS COCOK-BO

3) 1ST YEAR VS TIBAI

4) 'VSE SILNI' VS COCOK-BO

5) THE HEADHUNTERS VS 1ST YEAR

6) COCOK-BO VS TIBAI

7) THE HEADHUNTERS VS 'VSE SILNI'

8) COCOK-BO VS 1ST YEAR

9) THE HEADHUNTERS VS TIBAI

10) 'VSE SILNI' VS 1ST YEAR


SIAPAKAH BAKAL MERANGKUL GELARAN
PENEMBAK TEPAT VOLGOGRAD 2010??
NANTIKAN KEMUNCULAN ANDA!!

Monday, December 13, 2010

WINTER GAMES 2010




Buat julung kalinya,Kelab Umno Volgograd (KUV) menganjurkan 'Winter Games 2010' untuk memberi peluang kepada semua pelajar Malaysia VSMU beriadah dan mengetengahkan bakat-bakat terpendam pada musim salji tahun ini.

'Battle of Paintball' akan diadakan pada 26.12.2010

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:-

  • Terbuka kepada semua pelajar Malaysia VSMU.
  • Terdapat 2 kategori (Lelaki dan Wanita)
  •  Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang penembak
  •  Bayaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak 250ruble(pakaian) dan 2ruble bagi setiap peluru (harga begantung kepada jumlah pasukan yang mengambil bahagian,rundingan sedang dijalankan dengan pihak terbabit)
  •  Setiap pasukan akan bermain mengikut masa yang ditetapkan.
  •  Pengadil akan menetukan pasukan yang memenangi perlawanan tersebut berdasarkan kriteria tahap  'kecederaan' keseluruhan pasukan selepas tamat waktu permainan.
  • Sebarang masalah dan pertanyaan boleh dirujuk kepada AJK 'WINTER GAMES 2010'
  • Jumlah pasukan dikehendaki adalah terhad! pendaftaran ahli pasukan boleh dibuat  melalui facebook (inbox) 'Khairul Afham' & ' Nserizawa Kent' atau terus melalui SMS.
Khairul Afham - +79375686665
Abang Syazwan - +79177255215


JANGAN LEPASKAN PELUANG!! HADIAH LUMAYAN MENANTI ANDA!
JUARA AKAN MEMEGANG GELARAN
 'PENEMBAK TEPAT VOLGOGRAD 2010'






Monday, December 6, 2010

PINJAMAN MODAL SEMPENA JUALAN KIROVSKY

Sempena dengan jualan KIROVSKY yang akan diadakan pada 12 Disember 2010, pihak kelab UMNO Volgograd berbesar hati untuk memberi pinjaman modal perniagaan kepada mana-mana pihak atau individu yang berminat.

Untuk keterengan lanjut dan permohonan, sila hubungi:
AYNN NABILA BINTI RUSLAN
NO.TEL: 89876441024

butiran-butiran pinjaman adalah seperti poster di bawah:

    klik pada gambar untuk saiz lebih besar

Kirovsky Week

Salam alaikum.

Alhamdulillah kali ini, kita akan cakap tentang aktiviti  yang akan dijalankan dalam masa terdekat. malah ada yang sudah berlangsung hari ini.

Tahniah kepada Biro Kirovsky kerana berjaya memulakan dengan permulaan yang hangat bagi aktiviti gah mereka mereka ini. alhamdulillah setakat ini aktiviti mereka ini, mendapat sokongan dan maklum balas yang baik daripada pelajar-pelajar. contoh aktiviti yang boleh dianggap mendapat sambutan hangat, adalah ketika biro ini mengeluarkan jigsaw puzzle, tetapi masih dalam percubaan, dan ternyata, pertandingan jigsaw puzzle tersebut mendapat respon positif dari pelajar.

hari ini, biro ini telah mengedarkan pamplet-pamplet berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan. banyak aktiviti yang dirancang, seperti kuiz, tayangan video tentang Kirovsky, dan sebagainya. untuk maklumat yang lebih terperinci, anda semua boleh rujuk di sini. insyaAllah, apa yang dirancang ini, mendapat pertolongan dan ma'unah daripada Allah sebab hanya Dialah yang layak menentukan. insyaAllah.

Salah satu aktiviti Biro Kirovsky iaitu Jualan Amal telah ditaja oleh pihak UMNO.  Jualan ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar menunjukkan bakat dalam bidang keusahawanan, disamping memberi peluang kepada warga Volgograd untuk merasa suasana jualan makanan sama seperti di Malaysia, dengan pelbagai juadah dan hidangan yang menarik.


Oleh itu, tunggu apa lagi. marilah kita samasama menghangatkan minggu aktiviti biro Kirovsky ini. semoga aktiviti-aktiviti ini berjaya mncapai objektifnya, di samping mengajar kita, apa itu erti sebenar pada slogan aktiviti mereka pada kali ini, iaitu:

"erti hidup pada memberi"

wassalamualaikum warahmatullahi wabaraatuh.

Tuesday, November 23, 2010

Wajah Baru

Alhamdulillah, selepas berhempas pulas mencari masa untuk memantapkan blog UMNO, akhirnya jadi lah jugak, walaupun tak lah sampai tahap mantap mana pun. ok. anda semua boleh lihat di blog ini. sudah bertukar wajah nampaknya. maka dengan tu, kami ingin lah jugak memantapkan proses meng-update-kan blog UMNO, yang sudah berkurun lama tidak disinggahi manusia manusia Volgo nih.


Mari kita tinjau balik apa yang berlaku semenjak dua menjak ini di bumi volgograd ini. ya. masih panas lagi dengan sambutan hari raya aidil adha baru-baru ini. mesti ada dalam kalangan anda yang masih termimpimimpi daging korban hari tuh. sehingga bau pun masih lekat kat tangan (kantoi tak basuh. hish). lepas ni, boleh la mencaricari siapa pembuat gulai mantap tu. lepas tu mintak resepi.


Apa lagi yang berlaku ya? ha! isu pembubaran SPR juga banyak dinaikkan sejak dua tiga minggu lepas, tetapi semakin sejuk nampaknya akhir-akhir ni. alhamdulillah, dengan usaha saudara Azim, maka berlangsung lah satu mesyuarat bersama pelajar untuk menerangkan isu pembubaran SPR itu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, biarpun ada sedikit pertelingkahan kecil daripada pelajar-pelajar, tetapi keadaan masih boleh dikawal.



gambar hiasan. tiada gambar yang diambil semasa program berjalan. harap maaf.

Dan satu isu lagi yang agak panas, terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar scholar MARA, apabila mara mengambil langkah drastik yang menyebabkan kekurangan duit yang diperoleh tiap-tiap bulan (daripada jumlah rm1+++ kepada rm1+++ juga, tetapi lebih sedikit). apa yang telah berlaku? masing masing tidak tahu. diharapkan agar isu ini diterangkan oleh pihak MARA. insyaAllah.

setakat ini dahulu entry kali ni. insyaAllah diupdate lagi dari semasa ke semasa. 

wassalam alaikum, warrahmatullahi, wabarakaatuh.

Sunday, April 25, 2010

TENTATIF PROGRAM MALJIS SALAM MESRA DAN DEDICATIONS







MAJLIS SALAM MESRA


Khas bagi meraikan para pelajar tahun enam yang bakal menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi.

Tentatif majlis:

v 9.30-10.30    Kehadiran para pelajar
v 10.30-10.35   Bacaan doa
v 10.35-11.05   Ucapan Presiden Kelab UMNO Volgograd
                 Amanat Terakhir dari Wakil Pelajar Tahun 6
v 11.05-11.20    Tayangan Slide Show
v 11.20-11.35    Persembahan Nasyid dari Neo-Ibtisan
v 11.35-12.10    Penyampaian Anugerah serta dedication
v 12.10-1.00    Salam mesra
v 1.00-1.15      Solat Zohor serta Solat Hajat Berjemaah
v 1.15-1.30      Juadah makan tengahari percuma serta istimewa

Tempat: Masjid Lengoranskaya
Tarikh: 1 May 2009

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
Sama-sama kita memeriahkannya


----------------------------------------------------------------------------------
BERSEMPENA DENGAN MAJLIS SALAM MESRA, KELAB UMNO JUGA ADA MENYEDIAKAN DEDICATIONS!!!!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat dedications kepada pelajar-pelajar tahun enam!!!

PELBAGAI CENDERAHATI DISEDIAKAN DGN HARGA YG BERPATUTAN.......CEPAT JGN LEPASKN PELUANG INI!!!!!
Lawati facebook Kelab UMNO Volgograd utk maklumat lanjut

1.           Kad dedikasi                 =   40 rub
2.         Gubahan aneka coklat   =   40 rub
3.         Jambangan Ferrero      =  100 rub

tempahan  dan bayaran boleh dibuat kepada wakil 
setiap batch:
tahun 1: husaini
tahun 2: nazmin
tahun 3: zulhilmi ismail
tahun 4: anuar hassan
tahun 5: uzair







kad 1


kad 2

kad 3

kad 4


kad 5


kad 6









Friday, April 16, 2010

Majlis Salam Mesra Pelajar Tahun 6


untuk melihat dengan lebih jelas, sila klik poster tersebut.harap maklum.

Sunday, March 28, 2010

Sekitar Bulan Amali Muslim

                        

Tetamu diawal majlis


Ucapan pengacara majlis, Saudara Syukri


Ucapan daripada Presiden PPIM, Saudara Anuar Hassan


Wakil Presiden Kelab UMNO Volgograd, Saudara Azim


Ucapan Perasmian Bulan Amali Muslim, Saudara Syafiq


(banyaknya ucapan...)


Tetamu ketika dipertengahan majlis pembukaan Bulan Amali Muslim..Semakin ramai nampaknya..


Program pertama Bulan Amali Muslim, Panduan Solat Sempurna yang dikelola oleh Saudara Afham Naqiuddin, bersama modelnya, Saudara Aizzat.

Setelah berakhirnya program yang dikelola Saudara Afham, aktiviti diteruskan dengan slot bersama Saudara Mustassrikh dengan ceramah beliau "Asimilasi Kesihatan Dalam Solat".


Selepas upacara perasmian, ada pula jualan amal Kirovsky. Bilangan tetamu semakin ramai.

seperti telah diumumkan didalam post yang lalu, banyak aktiviti akan diadakan sepanjang sebulan Bulan Amali Muslim ini diadakan. Syarat-syarat pertandingan telah diumumkan oleh setiap pengurus pertandingan dan aktiviti. Makluman juga telah diedar kepada setiap kumpulan dan tahun pengajian. Diharapkan  semua pihak memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan serta menjayakan program yang mulia ini. Sebarang maklumat terbaru akan dimaklumkan dalam post yang akan datang.


Bulan Amali Muslim: Selangkah Mengintai al-Jannah

Tuesday, March 16, 2010

Malaysian Indoor Recreational Competition





permainan tutup botol






sudoku?






Chess





Batu seremban



Piramida



Congkak




Dam Ular


Dota!!

Maher: main kuat kuat, kalahkan semua orang