Tuesday, November 23, 2010

Wajah Baru

Alhamdulillah, selepas berhempas pulas mencari masa untuk memantapkan blog UMNO, akhirnya jadi lah jugak, walaupun tak lah sampai tahap mantap mana pun. ok. anda semua boleh lihat di blog ini. sudah bertukar wajah nampaknya. maka dengan tu, kami ingin lah jugak memantapkan proses meng-update-kan blog UMNO, yang sudah berkurun lama tidak disinggahi manusia manusia Volgo nih.


Mari kita tinjau balik apa yang berlaku semenjak dua menjak ini di bumi volgograd ini. ya. masih panas lagi dengan sambutan hari raya aidil adha baru-baru ini. mesti ada dalam kalangan anda yang masih termimpimimpi daging korban hari tuh. sehingga bau pun masih lekat kat tangan (kantoi tak basuh. hish). lepas ni, boleh la mencaricari siapa pembuat gulai mantap tu. lepas tu mintak resepi.


Apa lagi yang berlaku ya? ha! isu pembubaran SPR juga banyak dinaikkan sejak dua tiga minggu lepas, tetapi semakin sejuk nampaknya akhir-akhir ni. alhamdulillah, dengan usaha saudara Azim, maka berlangsung lah satu mesyuarat bersama pelajar untuk menerangkan isu pembubaran SPR itu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, biarpun ada sedikit pertelingkahan kecil daripada pelajar-pelajar, tetapi keadaan masih boleh dikawal.



gambar hiasan. tiada gambar yang diambil semasa program berjalan. harap maaf.

Dan satu isu lagi yang agak panas, terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar scholar MARA, apabila mara mengambil langkah drastik yang menyebabkan kekurangan duit yang diperoleh tiap-tiap bulan (daripada jumlah rm1+++ kepada rm1+++ juga, tetapi lebih sedikit). apa yang telah berlaku? masing masing tidak tahu. diharapkan agar isu ini diterangkan oleh pihak MARA. insyaAllah.

setakat ini dahulu entry kali ni. insyaAllah diupdate lagi dari semasa ke semasa. 

wassalam alaikum, warrahmatullahi, wabarakaatuh.