Monday, December 6, 2010

Kirovsky Week

Salam alaikum.

Alhamdulillah kali ini, kita akan cakap tentang aktiviti  yang akan dijalankan dalam masa terdekat. malah ada yang sudah berlangsung hari ini.

Tahniah kepada Biro Kirovsky kerana berjaya memulakan dengan permulaan yang hangat bagi aktiviti gah mereka mereka ini. alhamdulillah setakat ini aktiviti mereka ini, mendapat sokongan dan maklum balas yang baik daripada pelajar-pelajar. contoh aktiviti yang boleh dianggap mendapat sambutan hangat, adalah ketika biro ini mengeluarkan jigsaw puzzle, tetapi masih dalam percubaan, dan ternyata, pertandingan jigsaw puzzle tersebut mendapat respon positif dari pelajar.

hari ini, biro ini telah mengedarkan pamplet-pamplet berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan. banyak aktiviti yang dirancang, seperti kuiz, tayangan video tentang Kirovsky, dan sebagainya. untuk maklumat yang lebih terperinci, anda semua boleh rujuk di sini. insyaAllah, apa yang dirancang ini, mendapat pertolongan dan ma'unah daripada Allah sebab hanya Dialah yang layak menentukan. insyaAllah.

Salah satu aktiviti Biro Kirovsky iaitu Jualan Amal telah ditaja oleh pihak UMNO.  Jualan ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar menunjukkan bakat dalam bidang keusahawanan, disamping memberi peluang kepada warga Volgograd untuk merasa suasana jualan makanan sama seperti di Malaysia, dengan pelbagai juadah dan hidangan yang menarik.


Oleh itu, tunggu apa lagi. marilah kita samasama menghangatkan minggu aktiviti biro Kirovsky ini. semoga aktiviti-aktiviti ini berjaya mncapai objektifnya, di samping mengajar kita, apa itu erti sebenar pada slogan aktiviti mereka pada kali ini, iaitu:

"erti hidup pada memberi"

wassalamualaikum warahmatullahi wabaraatuh.

No comments: