Sunday, December 25, 2011

Paintball Volgograd 2011


   Paintball pada musim sejuk! 

     Mungkin  paintball pada musim sejuk memberi 1001 pertanyaan bagi anda. “Menggigil, macam mana nak main?", " Nanti bernafas, topeng ada kabus susah nampak musuhkan?", "Susahlah nak lari sebab kena pakai tebal-tebalkan?”, dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, acara tahunan ini telah berjaya dilaksanakan atas usaha Kelab Umno Volgograd dan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu. 

   Objektif acara tahunan ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk beriadah bagi menjamin kesihatan serta mengurangkan tekanan belajar dan menjadikan aktiviti luar sebagai medium pelajar malaysia berkumpul serta bergaul sesama sendiri bagi mewujudkan suasana muhibah.

    Pada 11 Disember 2011, meskipun suhu sekitar -10 darjah Celcius, 80 orang peserta telah berkumpul di Vokzal pd jam 8.30 pagi dan tiba di Voingrad pada jam 9.45 pagi bagi menjayakan acara ini. Aziz Haladin selaku pengurus projek telah memberikan taklimat ringkas kepada ketua-ketua kumpulan tentang jadual permainan. Setelah para peserta selesai mengambil semua peralatan, wakil Kelab Paintball Voingrad memberi penerangan tentang cara-cara bermain, peraturan dan perkara-perkara asas tentang permainan.

     Di samping itu, Kelab Umno Volgograd telah mengadakan jualan nasi lemak dengan harga yang sangat rendah .


     Anda pernah dengar tentang Royal Rumble? Permainan ini adalah antara kumpulan hijau dan biru yang melibatkan semua, ulang suara SEMUA PESERTA. Bayangkan betapa ramai pemain untuk setiap kumpulan. Disebabkan pihak Kelab Paintball Voingrad turut sama teruja dengan permainan Royal Rumble ini, setiap kumpulan telah diberikan sebiji bom percuma untuk menambahkan lagi kehangatan Royal Rumble!








Berikut adalah senarai pemenang-pemenang. Tahniah diucapkan.

Kategori Lelaki : Burgerdeal (pelajar tahun ketiga)



Kategori Wanita : pelajar tahun pertama



Royal Rumble : Kumpulan biru



     Setelah selesai upacara mengambil gambar dan penyampaian hadiah, acara dengan rasminya tamat. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat.



     Akhir kata sebagai penggalak untuk anda supaya menyertai acara pada tahun hadapan, anda harus ingat bahawa peralatan paintball mampu beroperasi pada suhu sehingga -30 darjah dan topeng yang dibekalkan bukan topeng biasa yang mudah berkabus tapi adalah topeng dengan ‘thermal glass’. Jadi tiada alasan lagi untuk tidak bermain paintball pada musim sejuk! 









Tuesday, December 6, 2011

Laporan Annual Grand Meeting KUV 2011

         Pada 29 Oktober 2011 yang lepas, Annual Grand Meeting (AGM) telah diadakan antara pelajar-pelajar Melayu Volgograd. Mesyuarat telah dimulakan pada jam 4.00 petang. Antara agenda-agenda yang berlangsung adalah ucapan daripada penasihat Kelab Umno Volgograd (KUV)-Muhammad Maherilham Alias, pembentangan aktiviti dan belanjawan KUV oleh setiausaha dan bendahari,dan  perlantikan ahli jawatankuasa 2011/2012.
         Berikut ialah ahli jawatankuasa 2011/2012.




          Diharapkan dengan perlantikan ahlijawatankuasa yang baru ini, KUV akan lebih bergiat aktif dan terus mendapat sokongan dari semua pelajar melayu di Volgograd.Berikut juga disertakan review beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak KUV sepanjang tahun 2010/2011.

Friday, March 18, 2011

SENARAI PERMAINAN MIRC 2011

Salam 1 Malaysia kepada semua.
Dengan rasa berbesar hati,anda semua dijemput untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang akan diadakan semasa MIRC 2011 pada 27 Mac ini.
Acara-acara yang bakal dipertandingkan :

  1. DOTA
  2. Piramida
  3. Bingo
  4. Snake & Ladder
  5. Sudoku
  6. Chess
  7. Congkak
  8. Batu Seremban
  9. Saidina 
  10. Scrabble
  11. Tudung Botol
  12. Pro Evolution Soccer
  13. Puzzle Box (rubix cube)
  14. Chinese Chess
  15. Arm Wrestling
  16. Buang Lidi
Sudahkah anda membuat keputusan acara mana yang anda ingin sertai?Jika belum,pilih acara anda dan hubungi wakil batch masing-masing.Tunjukkan dan buktikan kehebatan anda di MIRC 2011!

MIRC 2011-EVERYONE CAN PLAY

MIRC 2011 - GAMES

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua.
Seperti yang semua sedia maklum,Kelab UMNO Volgograd akan mengadakan  MIRC 2011 pada 27 Mac ini.

Berikut adalah acara yang akan dipertandingkan dan peraturan ringkas bagi setiap permainan:

·         Acara pagi (bermula pada pukul 9.30 pagi)
1.       DOTA
2.       Snake and ladder
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch
3.       Congkak
§  Terbahagi kepada 2 kategori :
¾     1 lelaki
¾     1 perempuan
§  Cara permainan akan diterangkan oleh ajk bertugas semasa pertandingan
4.       Saidina
§  Penyertaan : 1 orang setiap batch
§  Cara permainan akan diterangkan oleh ajk bertugas semasa pertandingan
5.       Bingo
§  Penyertaan : 1 kumpulan setiap batch,diwakili 2 orang
§  Cara permainan :
¾     Terbahagi kepada 5 pusingan di mana dalam setiap pusingan mempunyai arahan bingo yang berlainan
¾     Cara permainan akan diterangkan oleh ajk bertugas semasa pertandingan
6.       Pro Evolution Soccer (PES)
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch
7.       Buang lidi
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch
§  Cara permainan :
¾     Peserta yang dapat mengalihkan seberapa banyak lidi tanpa menggerakkan lidi yang lain dikira menang
8.       Sudoku
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch
9.       Scrabble
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch
10.   Tudung botol
§  Penyertaan : terbahagi kepada 2 kategori
¾     2 lelaki
¾     1 perempuan

·         Acara tengahari (bermula pada pukul 12 tengahari)
1.       Piramida
§  Penyertaan : 1 kumpulan setiap batch,diwakili oleh 3 orang pelajar berlainan bangsa
§  Cara permainan :
¾     Seorang pemain akan menggayakan ayat yang diberikan dan baki pemain akan meneka ayat tersebut
¾     Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang
2.       Arm wrestling
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch,terbuka kepada lelaki sahaja
3.       Batu seremban
§  Penyertaan : terdiri daripada 2 kategori
¾     1 lelaki
¾     1 perempuan
§  Cara permainan akan diterangkan oleh ajk bertugas semasa pertandingan
4.       Chess
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch
5.       Chinese chess
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch
6.       Puzzle box (rubix cube)
§  Penyertaan : 2 orang setiap batch
Sistem pemarkahan.
·         Markah akan dikumpul berdasarkan jumlah kemenangan mengikut batch bagi setiap acara yang dipertandingkan.
¾     Tempat pertama      : 10 markah
¾     Tempat kedua           : 8 markah
¾     Tempat ketiga           : 6 markah
¾     Penyertaan                : 2 markah
·         Jika terdapat kekurangan peserta bagi sesetengah acara ketika pertandingan,2 markah akan dipotong dari markah terkumpul batch berkenaan.
·         Batch yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan dinobatkan sebagai juara MIRC 2011.


Batch manakah akan dinobatkan sebagai juara MIRC 2011?
Sama-sama kita sertai dan buktikan batch anda adalah yang terhebat!


~MIRC 2011 – EVERYONE CAN PLAY~

Sunday, March 13, 2011

MALAYSIAN INDOOR & RECREATION COMPETITIONS 2011



KELAB UMNO VOLGOGRAD SEKALI LAGI MENGANJURKAN ACARA TAHUNAN UNTUK SEMUA PELAJAR MALAYSIA VSMU



BERTEMPAT DI AKTOVI ZAL HIROSHIMA PADA 27 MAC 2011,SEMUA PELAJAR DIJEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN AKTIVITI TAHUNAN INI DAN PERTANDINGAN AKAN DIPERTANDINGKAN MENGIKUT BATCH MASING-MASING.

ANTARA ACARA YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH :
  • BATU SEREMBAN
  • CONGKAK
  • SUDOKU
  • BINGO
  • PRO EVOLUTION SOCCER
  • DOTA
  • DAM ULAR
  • CHINESE CHESS
  • CHESS
  • PIRAMIDA
  • SCRABBLE
  • TUDUNG BOTOL
  • SAIDINA
SELAIN ITU,JUALAN MAKANAN 1MALAYSIA JUGA AKAN BERLANGSUNG.JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEWAKILI BATCH ANDA DEMI MEMASTIKAN KEJUARAAN MILIK BATCH ANDA!!


BATCH MANAKAH BAKAL MENJADI JUARA MIRC 2011? 
NANTIKAN KEDATANGANNYA!!
MIRC 2011 - EVERYONE CAN PLAY-