Sunday, December 25, 2011

Paintball Volgograd 2011


   Paintball pada musim sejuk! 

     Mungkin  paintball pada musim sejuk memberi 1001 pertanyaan bagi anda. “Menggigil, macam mana nak main?", " Nanti bernafas, topeng ada kabus susah nampak musuhkan?", "Susahlah nak lari sebab kena pakai tebal-tebalkan?”, dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, acara tahunan ini telah berjaya dilaksanakan atas usaha Kelab Umno Volgograd dan penyertaan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu. 

   Objektif acara tahunan ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk beriadah bagi menjamin kesihatan serta mengurangkan tekanan belajar dan menjadikan aktiviti luar sebagai medium pelajar malaysia berkumpul serta bergaul sesama sendiri bagi mewujudkan suasana muhibah.

    Pada 11 Disember 2011, meskipun suhu sekitar -10 darjah Celcius, 80 orang peserta telah berkumpul di Vokzal pd jam 8.30 pagi dan tiba di Voingrad pada jam 9.45 pagi bagi menjayakan acara ini. Aziz Haladin selaku pengurus projek telah memberikan taklimat ringkas kepada ketua-ketua kumpulan tentang jadual permainan. Setelah para peserta selesai mengambil semua peralatan, wakil Kelab Paintball Voingrad memberi penerangan tentang cara-cara bermain, peraturan dan perkara-perkara asas tentang permainan.

     Di samping itu, Kelab Umno Volgograd telah mengadakan jualan nasi lemak dengan harga yang sangat rendah .


     Anda pernah dengar tentang Royal Rumble? Permainan ini adalah antara kumpulan hijau dan biru yang melibatkan semua, ulang suara SEMUA PESERTA. Bayangkan betapa ramai pemain untuk setiap kumpulan. Disebabkan pihak Kelab Paintball Voingrad turut sama teruja dengan permainan Royal Rumble ini, setiap kumpulan telah diberikan sebiji bom percuma untuk menambahkan lagi kehangatan Royal Rumble!








Berikut adalah senarai pemenang-pemenang. Tahniah diucapkan.

Kategori Lelaki : Burgerdeal (pelajar tahun ketiga)



Kategori Wanita : pelajar tahun pertama



Royal Rumble : Kumpulan biru



     Setelah selesai upacara mengambil gambar dan penyampaian hadiah, acara dengan rasminya tamat. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat.



     Akhir kata sebagai penggalak untuk anda supaya menyertai acara pada tahun hadapan, anda harus ingat bahawa peralatan paintball mampu beroperasi pada suhu sehingga -30 darjah dan topeng yang dibekalkan bukan topeng biasa yang mudah berkabus tapi adalah topeng dengan ‘thermal glass’. Jadi tiada alasan lagi untuk tidak bermain paintball pada musim sejuk! 









Tuesday, December 6, 2011

Laporan Annual Grand Meeting KUV 2011

         Pada 29 Oktober 2011 yang lepas, Annual Grand Meeting (AGM) telah diadakan antara pelajar-pelajar Melayu Volgograd. Mesyuarat telah dimulakan pada jam 4.00 petang. Antara agenda-agenda yang berlangsung adalah ucapan daripada penasihat Kelab Umno Volgograd (KUV)-Muhammad Maherilham Alias, pembentangan aktiviti dan belanjawan KUV oleh setiausaha dan bendahari,dan  perlantikan ahli jawatankuasa 2011/2012.
         Berikut ialah ahli jawatankuasa 2011/2012.




          Diharapkan dengan perlantikan ahlijawatankuasa yang baru ini, KUV akan lebih bergiat aktif dan terus mendapat sokongan dari semua pelajar melayu di Volgograd.Berikut juga disertakan review beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak KUV sepanjang tahun 2010/2011.