Sunday, December 16, 2012

Demi masa…..

              



          Assalamualaikum dan salam sejahtera.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr:“Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”

Sesungguhnya amatlah rugi bagi mereka yang mengabaikan masanya.Jangan menyesali masa yang lepas,tetapi perbaikilah dan hiasilah ia agar lebih bermanfaat.Terutama sekali kepada rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan.Jadi,pengurusan masa amatlah penting pada saat ini.

Dengan ini,disertakan tip-tip pengurusan masa yang berkesan dan efektif:

1) Set Matlamat dan strategi
2) Fokus matlamat .
3) Buat Jadual masa.
4) Kenalpasti tugas utama 
5) Mewujudkan sistem pemfailan
6) Realiti Pengurusan masa kita
7) Kerjasama dalam kumpulan
8)Rancang Kehidupan harian
9)Selesaikan tugas hari ini
10)Guna perang psikologi untuk motivasi

Akhir sekali,jangan lupa bermunajat kepada Allah swt agar Dia sentiasa mempermudahkan urusan kita dan memperlancarkannya.

Mudah-mudahan usaha kita diredhai-Nya dalam mencari ilmu dunia dan akhirat.

Akhir kata,selamat menjalani peperiksaan dan semoga Berjaya dengan cemerlang.wassalam..


credits : Biro Kerohanian Kelab UMNO Volgograd

Monday, December 10, 2012

Tabung Palestine 2012

                 Atas dasar kemanusiaan, pada 26/11/2012-5/12/2012 pihak KUV telah mengadakan kutipan derma dibawah program “Tabung Palestin” untuk meringankan beban warga Palestin yang berada dalam kesulitan. Respon yang diberikan oleh pelajar-pelajar adalah positif dan dalam tempoh berkenaan, sejumlah 42000 RUB telah dapat dikumpulkan hasil sumbangan ikhlas dari pelajar-pelajar Malaysia di bumi Volgograd. Program ini telah mendapat sokongan daripada persatuan-persatuan pelajar di sini dan ucapan terima kasih diucapkan kepada MSA, MCSC, VMIA, IMAM dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama yang diberikan untuk mejayakan program ini. Kesemua kutipan derma ini akan disalurkan melalui “Aqsa Syarif” kepada warga Palestin. Diharapkan melalui sumbangan ini, warga Palestin dapat memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.


        Jumlah kutipan yang berjaya direkodkan adalah 42,000 RUB.Jutaan terima kasih kepada semua penderma, semoga Tuhan saja yang dapat membalas jasa baik anda,semoga derma yang tak seberapa ini dapat menjadi saham kita di akhirat kelak.

Wednesday, November 28, 2012

Winter Paintball 2012

Menjelang 9 Disember 2012,Kelab Umno Volgograd(KUV) akan menganjurkan satu lagi program tahunan iaitu winter paintball yang bertemakan “its time..one race..one goal..for all”.Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar Malaysia disamping menggalakkan pelajar-pelajar bersukan.Ianya terbuka kepada semua pelajar VSMU.



Ketua program ini adalah Khairul Anuar dan penasihat adalah Aziz Haladin.Detail program adalah seperti berikut:masa: 9 disember 2012,10pagiyuran penyertaan:200 Ruble seorang(harga peluru berasingan-2 ruble sebiji)

Borang penyertaan boleh didapati daripada wakil batch masing-masing.Tarikh tutup penyertaan:6 Disember 2012.Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada:Khairul Anuar-2nd year (89884955465)Nazurah-2nd year (89197940902)  
Apa yang menarik adalah pengangkutan disediakan berserta hadiah lumayan menanti anda.Jadi,apa tunggu lagi,ayuh kita sertai WINTER PAINTBALL,dan gegarkan bumi Volgograd ini. "One last fun before your winter exam..

Sunday, November 11, 2012

Volgograd Futsal League Autumn 2012

       Pertandingan futsal di kalangan pelajar-pelajar Malaysia telah berlangsung.Pertandingan tersebut dijalankan bermula dari 30/9/2012-21/10/2012, bertempat di V.A.G.S Ploshad Vazrashjdenia.Pihak KUV telah menyumbangkan 5000rubels bagi pertandingan terbabit.
Terdapat 8 pasukan yang bertanding :
1)Gr. 32
2)Gangnam FC
3)Sore Eyes
4)La Hannad
5)1st Year
6)FCUK
7)Romeo
8)Old Taxi


Keputusan keseluruhan :
1st place Old Taxi
2nd place Gr. 32
3rd place Romeo 

Top scorer - Khairul Afham

Syabas dan tahniah buat pemenang,bagi yang kalah,sila cuba lagi.Terima Kasih.
Majulah sukan untuk Volgograd.
Sore Eyes

Gangnam FC
Group 32
La Hanad
Old Taxi
Romeo FC
1st Year FC
FCUK

Annual Grand Meeting KUV-IMAM Volgograd 2012

         Bertanggal 26 Oktober 2012,Mesyuarat Agung Tahunan 2012, berkolaborasi bersama IMAM, telah berlangsung di Lecture Hall No.3.

Antara agenda-agenda utama yang telah dibincangkan adalah :

  1. Pembentangan aktiviti tahunan oleh setiausaha KUV dan IMAM
  2. Pembentangan belajawanan bagi sesi 2011-2012 oleh bendahari KUV berserta IMAM
  3. Ucapan mantan Presiden KUV dan IMAM sesi 2011-2012
  4. Perlantikan Majlis Tertinggi KUV dan IMAM

Barisan Majlis Tertinggi KUV sesi 2012-2013 :

  • Penasihat:Abdul Azim Mohamad Aziz
  • Presiden : Muhammad Abdul Aziz Bin Haladin
  • Timbalan Presiden : Firdaus Zaid
  • Naib Presiden 1 : Sulastini Mdnor
  • Naib Presiden 2 : Syahiedzat Nordin
  • Setiausaha : Syamimi Azari
  • Pen. Setiausaha : Nazurah 
  • Bendahari : Nawal Amalina
  • Pen. Bendahari : Syeeda Zaid
  • Ketua Penerangan : Nurul Idayu Mat Nawi
  • Pen. penerangan : Ariff Fikri 


Presiden KUV Aziz Haladin


Sekitar AGM KUV-IMAM 2012
Majlis Tertinggi KUV 2012-2013



Friday, June 1, 2012

Selamat Maju Jaya!


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
Kami dari Kelab Umno Volgograd ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar di Volgograd yang bakal menghadapi musim exam tidak lama lagi.Kami berharap kita semua berjaya menghadapi dan menjawab exam dengan jayanya.
"...You never a loser till you quit trying!!!..." 

Tuesday, March 20, 2012

MIRC 2012 : Rules and Regulation

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog KUV.

Kehangatan MIRC 2012 semakin terasa.Sudah tentu di antara kita ramai yang sudah tertanya-tanya,batch manakah yang bakal menyandang juara MIRC 2012.Adakah juara tahun lepas masih mampu mengekalkan kejuaraan mereka?Ataupun batch lain merangkul kejuaraan mereka?
Sehubungan dengan itu,kami di pihak penganjur berbesar hati menyediakan anda syarat dan peraturan bagi semua games yang akan dipertandingkan pada MIRC kali ini,bagi memudahkan batch anda,atau anda sendiri menyusun strategi untuk mengumpul markah sebanyak mungkin.

Rules & Regulation MIRC 2012

1) Defence of the Ancients (DoTA) "Epic War"
No.of players : Private grouping (4)
Each group 5 players
Duration : League, total - 4hrs- 5hrs
Tempat : Rumah masing-masing
Time : 9 malam (malam MIRC)

2) Arm Wrestling
No. of player : 2 person/batch
pertandingan akan dijalankan secara knockout

3) GOLDEN SEREMBAN’S STONE (BATU SEREMBAN / BATU SELAMBUT)
1. Setiap batch hendaklah menghantar 2 orang peserta yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. 
2. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori; lelaki dan perempuan.
3. Cara2 permainan adalah seperti berikut:
- Permainan dimulakan dengan level mudah dan diikuti dengan level yang paling susah.
- Pengiraan mata adalah berdasarkan bilangan batu seremban yang berjaya ditimbang oleh peserta sewaktu selesai setiap pusingan.
- Peserta yang berjaya mengumpul markah sebanyak 1000 mata dalam masa paling singkat dikira sebagai pemenang.
- Sejurus selepas 1000 mata berjaya diperoleh, permainan ditamatkan dan pemenang akan ditentukan berdasarkan mata pungutan terkini mereka.
4. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat 1, 2, 3 mengikut kategori.

4) TING-TING
No.of players : 1 lelaki & 1 perempuan each batch
rules n reg:
1. Pertandingan dijalankan mengikut 2 kategori, iaitu Lelaki dan Perempuan
2. 6 orang peserta akan bermain dalam satu pusingan.
3. Pertandingan adalah mengikut had masa yang diberi (1.5 jam)
4. Pemenang dikira berdasarkan bilangan pusingan terbanyak yang berjaya dihabiskan dalam tempoh masa yang diberi.
5. Cara permainan ditetapkan oleh pihak juri dan akan diterangkan kepada peserta pada hari pertandingan.

5) Tutup Botol
No.of players : 6 peserta dibahagikan kpd 2 kumpulan kecil.
- Pemenang tempat pertama dan kedua setiap kumpulan akan masuk peringkat separuh akhir.
- Pemenang peringkat separuh akhir akan maju ke peringkat akhir, manakala yang tewas akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga.
Permainan ini terbahagi kpd dua:
Timbang dan jentik.
dimulakan dgn timbang dan diikuti dengan jentik dan akan diulangi hingga giliran tamat untuk setiap pusingan kecil.
-Maksud pusingan kecil:
Apabila dimulakan oleh A dan diakhiri oleh C, ini dikira sebagai satu pusingan kecil.
a)Timbang
Dikira tamat apabila, pemain tidak dapat tangkap semua tudung botol yang ada pada belakang tangan (back of the hand).
Cara tangkap untuk timbang, bebas kecuali tadah, sauk dan seumpamanya.
b)Jentik.
*tudung botol yang bertindih atau jatuh dari meja, akan memerlukan pemain untuk melakukan pusingan sekali lagi.
*arah tujuan jentik ditentukan oleh pesaing dlm kumpulan.
*tudung botol yang tertutup dibenarkan untuk dibuka di posisi yang sama mengikut kehendak pemain.
Cara jentik, bebas dan akan tamat apabila tudung botol yang lain bergerak/tersentuh.
Cara menang:
kumpul mata yang paling banyak melalui 5 pusingan kecil.

6) Speed Chess
Game play : 10min per game kalah mati and round robin players :
No.of players : 2 representitive/batch
1st game = 12 players
2nd game = 6 players
3rd game = 3 players (round robin)

7) UNO
Peserta: 1 lelaki & 1 perempuan/batch
  • Pertandingan dijalankan mengikut 2 kategori, iaitu Lelaki dan Perempuan.
  • 3 orang peserta akan bermain dalam satu pusingan. Setiap peserta dapat bermain dalam 3 pusingan.
  • Peserta pertama yang berjaya menghabiskan kadnya akan diberi 10 markah, manakala peserta kedua pula 5 markah.
  • Pemenang pertandingan akan dipilih berdasarkan jumlah kutipan markah mereka.
  • Cara permainan ditetapkan oleh pihak juri dan akan diterangkan kpd peserta pada hari pertandingan
8) PERMAINAN TUJU KASUT MESRA ALAM
Peserta : Berpasangan (lelaki sahaja)
Rules and regulation :
  • Para pesertama PERTAMA-TAMANYA haruslah membawa kasut selipar (ideally) atau kasut sneakers (kurang ideally), dan bagi kasut winter or kasut heels or apa2 kasut muatan berat adalah tidak dibenarkan, atau HARAM-LY. ketidakbolehan para peserta untuk menyediakan sepasang kasut adalah menyebabkan penyertaan anda disingkirkan.
  • Games akan diadakan pertama sekali pada prinsip ‘liga’ dimana akan ada 3 pairs dalam satu group. Sebelum pusingan pertama bermula, undian haruslah dilakukan untuk memilih group masing-masing. Kemudian juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan bertemu di peringkat separuh akhir, dan seterusnya, ke peringkat akhir. Bagi yang kalah separuh akhir, penentuan tempat ketiga akan dilakukan.
  • Secara generalnya, setiap pusingan akan melibatkan kepantasan pemain untuk membentuk kasut, sementara partnernya, akan membaling kasut, kemudian bertukar peranan. Dan score akan dikira berdasarkan jumlah kasut yang berjaya dileraikan dan paling cepat habis sampai ke garisan penamat. Barangsiapa gagal memhabiskan sehingga ke garisan penamat, dia akan akan automatiknya, TERSINGKIR.
  • Peringkat group stage hanya melibatkan 3 checkpoints. Manakala untuk peringkat kalah mati, 5 checkpoints.
**jika masih tidak faham mengenai cara permainan, sila refer gambar yang disediakan:
Kualifikasi untuk pemenang: paling cepat habis sampai ke check point, and paling banyak memecahkan kasut.

9) BINGO
Peserta :
Berkumpulan (1 kump - 2 orang)
6 kumpulan sahaja. setiap batch hantar satu kumpulan.
Rules and regulation :
- Games terbahagi kepada 5 pusingan.
- Setiap game mempunyai instruction yang berlainan:
round 1 - classic bingo
round 2 - stuff bingo
round 3 - math bingo
round 4 - FULL,T's , U's and Square Bingo
round 5 - handbag bingo
- Pemenang akan dikira mengikut markah terkumpul. setiap pusingan, peserta tempat pertama akan mendapat 10 markah, tempat kedua 7 markah dan tempat ketiga 5 markah. setelah selesai kelima-lima pusingan, markah keseluruhan akan dikira dan pemenang ditentukan berdasarkan markah keseluruhan.

10) PIRAMIDA 2012
BILANGAN PESERTA : semua batch wajib menghantar 3 wakil terdiri daripada Melayu, India dan Cina
PERATURAN:
 1) Permainan mengandungi 4 pusingan.
  • rojak
  • tanah tumpah darahku
  • cita-citaku
  • masa itu emas
 2) Pusingan 1 hingga ke-3, pemarkahan diambil daripada berapa banyak perkataan yang dapat diteka dalam masa 5 min. Kumpulan yg mendapat markah terendah akan disingkir sebelum pusingan seterusnya dijalankan. Jika seri pada waktu penyingkiran, ketua kumpulan tersebut perlu menentukan kelayakan dengan ''rock,paper,scissors''.
 3) Pusingan ke-4, adalah final. Peserta akan diberikan 5 soalan dan perlu menyelesaikanya dalam masa yang paling terpantas. Pemarkahan akan dibuat berdasarkan masa yang diambil. Pasukan yang mempunyai masa paling terpantas, adalah juara permainan.
 4) Setiap pusingan mempunyai pilihan ''booklet'', soalan-soalan bagi setiap ''booklet'' adalah berlainan. Setiap pasukan hanya boleh menjawab soalan daripada ''booklet'' pilihan mereka SAHAJA.
 5) Peserta tidak dibenarkan mengeluarkan suara dan menunjuk barang atau orang yang dapat menunjukkan terus kepada jawapan. Peserta juga diberi kebenaran untuk meng- ''pass'' soalan tersebut jika tidak dapat menjawabnya.
 6) Setiap pasukan memerlukan 2 peneka, 1 pemberi petunjuk. Setiap pasukan dibenarkan menukar tugas masing-masing diantara mereka pada setiap pusingan.
 7) Jika peserta didapati tidak mengikuti peraturan-peraturan diatas,  - markah untuk pusingan pertama hingga ke-3 akan ditolak 1. - markah untuk pusingan ke-4 akan ditambah 1.
 11) Balloon Darts
Rules and regulations:
-All players stand 10 feet away from the target and are blindfolded
-Players aim pointed darts at rows of inflated balloons and throw the darts
-Each player throws 3 darts at the targets, one at a time
-Players earn points based upon the number of balloons successfully ruptured
-BONUS Point will be given if the players can rupture the two or more balloons of the same colour
-The team with the most points wins
Players: A team of 1 Male and 1 Female players

12) CoNgKaK
BILANGAN PESERTA: 1lelaki& 1 perempuan/batch
PERATURAN:
1)Permainan congkak hanya dimainkan olh 2 org pemain shj dlm satu masa.
2)Permainan dimulakan serentak dgn memasukkn sebiji BUAH dlm setiap KAMPUNG sendiri & seterusnya masukkn ke dlm RUMAH. Seterusnya BUAH hendaklah dimasukkn ke dlm KAMPUNG lawannya. Jika ia singgah di KAMPUNG lawan yg tidak ada buah ia dikira mati.
3)Jika buah terakhir singgah di KAMPUNG lawan yg mempunyai buah,maka pemain boleh meneruskn permainan.
4)Jika ia mati di KAMPUNG sndri,bertentangan dgn kampung lawan yg mempunyai buah,pemain  berhak mengambil buah lawannya itu.
5)Jika ia mati di kampung sendiri,bertentangan dgn kampung lawan yg tidak ada buah,maka pemain tidak boleh meneruskan permainan.
6)Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji shj dlm kampung masing-masing.
Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke rumah masing-masing.
Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung sendiri,permainan ditamatkn & pemenang ditentukn dgn mengira jumlah buah yg terbanyak dlm rumah.
TEMPAT:Luas yg blh memuatkn 4 org pemain & 2 org pengadil dlm satu masa.

13) Spot the differences.
-  Seorang wakil daripada setiap batch (lelaki/perempuan).
-  Pusingan pertama, cari perbezaan gambar berwarna, 3 peserta terpantas    akan masuk ke pusingan akhir.
-  Pada pusingan akhir, 3 peserta terakhir akan diberikan gambar tak berwarna  untuk dicari perbezaannya.
- Pemenang hanyalah tempat pertama dan kedua.
- Pemenang dikira berdasarkan masa dan jumlah carian yang betul.
- Pensel/pen hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.
- Dilarang meniru.

14) SIDE GAMES
a) SUDOKU
- Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
- Penyertaan adalah secara individu.
- Setiap perserta akan diberikan sehelai kertas yg mengandungi soalan sudoku. (4 soalan)
- Peserta yg dpt menjawab plg tepat dan cepat akn menjadi juara.
b) SPEED CARD GAME
- Terbuka kepada lelaki dan perempuan tapi akan diasingkan kerana dikhuatiri akan berlaku persentuhan.
- Game dilangsugkan di antara 2 challengers.
- Seorang peserta dihadkan main 3 kali shj kerana dikhuatiri akan membolot game dan tidak memberi peluang kpd org lain utk mencuba.
c) SPEED TYPE
-Terbuka kepada semua lelaki dan perempuan.
- Penyertaan secara individu.
- 1st stage: Peserta dikehendaki utk menaip text (in english) yg diberikan nnt dalam masa 30 saat untuk melayakkan diri ke stage yg kedua.
- 2nd stage: Peserta dikehendaki utk menaip text (in russian) yg diberikan nnt dalam masa 30 saat.
- Peserta yg berjaya melepasi kedua-dua stage layak menyumbang markah untuk batch.
* Setiap permainan di atas akan berlangsung secara berterusan sepanjang program.
* Tiada hadiah untuk pemenang. Pemenang hanya akan menyumbang markah sebanyak 5 points kepada markah batch untuk setiap game yg dipertandinginya.

15) PERMAINAN TEKA KACANG
bilangan peserta:bebas.seorang pelajar,satu peluang diberikan
peraturan:teka kacang brape byk..then tulis nama n batch didlm satu kertas.
bilangan yg terdekat akn dikira sbgi pemenang
masa:sepanjangg tempoh berlangsung.

16) PERMAINAN TEKA AIR
bilangan peserta : Tidak terhad. Setiap pelajar layak untuk menyertai permainan ini.
PERATURAN : 
para peserta hendaklah membaling dadu dahulu utk menentukan berapa bilangan campuran air yang mereka harus teka..
mata peserta ditutup.dan diberi minuman utk diteka..
permainan terhad sekali utk seorg pelajar shja..

Jadi,sudahkan anda tentukan games apa yang anda ingin sertai? Mari bersama kita memeriahkan MIRC 2012 ini dan jadikan batch anda juara pada tahun ini.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi wakil batch masing-masing atau tinggalkan komen anda di sini.

Selamat Berjaya!!!

Tuesday, March 13, 2012

Malaysian Indoor & Recreational Competition 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tahun ini,Kelab Umno Volgograd kembali lagi dengan acara tahunan yang sungguh dinanti-nantikan - MIRC 2012 : Malaysian Indoor and Recreational Competition 2012.

Pada tahun ini,lebih banyak games baru yang lebih mencabar akan dipertandingkan. Ingin tahu games apakah yang bakal dipertandingkan pada tahun ini? Adakah batch 4th year (5th year tahun ini) akan mengekalkan kejuaraan mereka? Atau batch lain akan merampas kejuaraan mereka?  Nantikan kedatangannya pada bulan ini.


Wednesday, March 7, 2012

Happy Women's Day


"A woman one of the most beautiful creation of GOD, showering her respect as daughter, feel her care in the form of a sister, feel her warmth in the form of a friend. Why did God create man first before creating a woman?of course, because it's always good to make a rough draft first before making a MASTERPIECE.." 

Happy Women's Day

From Kelab Umno Volgograd