Wednesday, November 28, 2012

Winter Paintball 2012

Menjelang 9 Disember 2012,Kelab Umno Volgograd(KUV) akan menganjurkan satu lagi program tahunan iaitu winter paintball yang bertemakan “its time..one race..one goal..for all”.Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar Malaysia disamping menggalakkan pelajar-pelajar bersukan.Ianya terbuka kepada semua pelajar VSMU.



Ketua program ini adalah Khairul Anuar dan penasihat adalah Aziz Haladin.Detail program adalah seperti berikut:masa: 9 disember 2012,10pagiyuran penyertaan:200 Ruble seorang(harga peluru berasingan-2 ruble sebiji)

Borang penyertaan boleh didapati daripada wakil batch masing-masing.Tarikh tutup penyertaan:6 Disember 2012.Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada:Khairul Anuar-2nd year (89884955465)Nazurah-2nd year (89197940902)  
Apa yang menarik adalah pengangkutan disediakan berserta hadiah lumayan menanti anda.Jadi,apa tunggu lagi,ayuh kita sertai WINTER PAINTBALL,dan gegarkan bumi Volgograd ini. "One last fun before your winter exam..

Sunday, November 11, 2012

Volgograd Futsal League Autumn 2012

       Pertandingan futsal di kalangan pelajar-pelajar Malaysia telah berlangsung.Pertandingan tersebut dijalankan bermula dari 30/9/2012-21/10/2012, bertempat di V.A.G.S Ploshad Vazrashjdenia.Pihak KUV telah menyumbangkan 5000rubels bagi pertandingan terbabit.
Terdapat 8 pasukan yang bertanding :
1)Gr. 32
2)Gangnam FC
3)Sore Eyes
4)La Hannad
5)1st Year
6)FCUK
7)Romeo
8)Old Taxi


Keputusan keseluruhan :
1st place Old Taxi
2nd place Gr. 32
3rd place Romeo 

Top scorer - Khairul Afham

Syabas dan tahniah buat pemenang,bagi yang kalah,sila cuba lagi.Terima Kasih.
Majulah sukan untuk Volgograd.
Sore Eyes

Gangnam FC
Group 32
La Hanad
Old Taxi
Romeo FC
1st Year FC
FCUK

Annual Grand Meeting KUV-IMAM Volgograd 2012

         Bertanggal 26 Oktober 2012,Mesyuarat Agung Tahunan 2012, berkolaborasi bersama IMAM, telah berlangsung di Lecture Hall No.3.

Antara agenda-agenda utama yang telah dibincangkan adalah :

  1. Pembentangan aktiviti tahunan oleh setiausaha KUV dan IMAM
  2. Pembentangan belajawanan bagi sesi 2011-2012 oleh bendahari KUV berserta IMAM
  3. Ucapan mantan Presiden KUV dan IMAM sesi 2011-2012
  4. Perlantikan Majlis Tertinggi KUV dan IMAM

Barisan Majlis Tertinggi KUV sesi 2012-2013 :

  • Penasihat:Abdul Azim Mohamad Aziz
  • Presiden : Muhammad Abdul Aziz Bin Haladin
  • Timbalan Presiden : Firdaus Zaid
  • Naib Presiden 1 : Sulastini Mdnor
  • Naib Presiden 2 : Syahiedzat Nordin
  • Setiausaha : Syamimi Azari
  • Pen. Setiausaha : Nazurah 
  • Bendahari : Nawal Amalina
  • Pen. Bendahari : Syeeda Zaid
  • Ketua Penerangan : Nurul Idayu Mat Nawi
  • Pen. penerangan : Ariff Fikri 


Presiden KUV Aziz Haladin


Sekitar AGM KUV-IMAM 2012
Majlis Tertinggi KUV 2012-2013