Sunday, September 29, 2013

Photo Contest #futsalfever



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Kelab Umno Luar Negara Volgograd (KUV) akan menganjurkan "Pertandingan Fotografi #futsalfever" bersempena Volgo Futsal League yang akan berlangsung bermula 29/9/2013.

Syarat Pertandingan
-Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pelajar yang menuntut di Volgograd, Rusia.
-Peserta boleh menggunakan kamera digital.
-Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan atau pameran fotografi.
-Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
-Teknik mengambil gambar adalah bebas.
-Hanya proses merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
-Penyertaan haruslah menepati tema #futsalfever
-Penerangan mengenai gambar boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
-Penyertaan hendaklah dihantar ke 'inbox' KUV (Facebook) atau ke emel KUV - kelabumnovolgograd@gmail.com
-Keputusan juri adalah muktamad.