Monday, December 22, 2014

Open Day 2014.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia!



Alhamdulillah, semalam (21 Disember 2014 telah berlangsungnya "Open Day" yang dianjurkan oleh Azam Russia Volgograd. Azam Russia Volgograd dengan kolaborasi Kelab UMNO Volgograd dan badan-badan persatuan lain seperti MSA, IMAM, MCSC dan VMIA berjaya menjalankan satu program yang julung kalinya diadakan di bumi Volgograd ini.



Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya termasuklah  bengkel fotografi, bengkel cupcake, sesi borak ilmu, jualan makanan, "How You Look In Hijab", kutipan pakaian terpakai buat mereka yang kurang bernasib baik dan tidak dilupakan, pameran booth dari setiap badan persatuan di Volgograd.



Kelab UMNO Volgograd tidak ketinggalan dengan turut menyertai pameran booth. Kami ada menyediakan pelbagai info tentang KUV dan bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai KUV.



Selain itu, kami turut menyediakan sudut uji minda seperti kuiz dan sudoku.





Kelab UMNO Volgograd turut berjaya menambah keahliannya sepanjang berlangsungnya program ini. Selamat Datang diucapkan buat ahli baru Kelab UMNO Volgograd!

Tahniah buat Azam Russia Volgograd kerana berjaya menganjurkan program yang sangat bermanfaat buat semua pelajar di Volgograd ini. Tahniah juga buat semua badan persatuan yang turut berganding bahu untuk sama-sama menjayakan "Open Day" ini.

Kudos to everyone who put the event together! *clap hands*

Semoga dengan berlangsungnya program ini, bakal doktor semua yang sedang menuntut ilmu di bumi Soviet ini dapat mengaut sebanyak mungkin pengetahuan pada hari tersebuat. Moga info-info yang diterima, akan dapat membantu pelajar untuk terus bergerak maju dan memudahkan proses kehidupan di sini.

Till we meet again, salam!

*Pictures credit to Ubadah Zabidi and Azam Russia Volgograd. Thank you!

Monday, December 15, 2014

Bowling Challenge 2014

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.



Pada 14 Disember 2014, Kelab UMNO Volgograd telah menjemput semua pelajar Volgograd untuk sama-sama meluangkan masa sambil menggilap bakat dengan menyertai "Bowling Challenge".

Bayaran yang dikenakan sangat berpatutan. Dengan hanya bayaran 100 rubble seorang, semua peserta berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan! *rugi oiii siapa tak join!*


Sekitar sesi pendaftaran.


Antara peserta yang terlibat. Senyummm! :)

Say cheese! 

Macam-macam aksi yang dapat disaksikan sepanjang berlangsungnya cabaran ini. Ada yang baling bola dengan gaya seperti seorang puteri kayangan, ada juga yang seperti Hang Tuah si gagah perkasa! Masing-masing dengan teknik dan gaya yang tersendiri. Ada yang dapat strike berterusan, ada pula bolanya asyik ke longkang jeee.

Apa-apa pun, semua peserta akhirnya berpuas hati dengan program yang dijalankan. Selesai dengan cabaran, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah.












Tahniah diucapkan kepada para pemenang! Kepada yang kurang bernasib baik, jangan bersedih hati, masih ada peluang di masa hadapan. Mungkin boleh berlatih dari sekarang? Orang kata, practice makes perfect dan usaha tangga kejayaan! ;)

Semoga bakat yang terpendam itu, dapat terus digilap dengan peluang-peluang seperti ini. Pihak KUV juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua peserta kerana dapat bersama-sama memeriahkan program ini sekali gus menjayakannya.

Harapannya, moga-moga dengan berlangsungnya program ini, jalinan persahabatan antara kita semua pelajar di Volgograd ini akan terus terjalin mesra di samping mengajar kita untuk terus fokus dalam mencapai apa yang diingini dan berani menyahut cabaran yang mendatang. Semoga terus berjaya di masa hadapan!

Sehingga kita berjumpa lagi, adios Amigos!


"We are all bowlers trying to reach our goals, but once we have hit the correct pin the rest will come tumbling down."

Wednesday, December 10, 2014

Tabung Khairat Kematian TKK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.



Bermula dari 3 Disember 2014 hingga 9 Disember 2014, Kelab Umno Volgograd telah membuat kutipan Tabung Khairat Kematian(TKK) sebanyak 100 ruble daripada setiap pelajar muslim di Volgograd.


TKK ini bertujuan utk membantu mana-mana pelajar muslim yang kematian ahli keluarga terdekat( ibu bapa dan adik-beradik) disamping meringankan beban mereka yang ditimpa masalah pada masa akan datang.



Kutipan telah dilakukan oleh wakil batch masing-masing sepanjang tempoh ini dan dengan kerjasama daripada semua pelajar, TKK ini berjaya dilaksankan dengan sempurna.

Terima kasih diucapkan buat semua pelajar Volgograd atas sumbangan anda semua kerana dapat sama-sama meringankan beban saudara kita yang berada dalam kesusahan kerana berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

"Barang siapa yang meringankan beban saudaranya dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan Akhirat"(H.R.Muslim)

"No one is useless in this world who lightens the burdens of others."
(Charles Dickens)

Thursday, November 20, 2014

Annual Grand Meeting KUV-IMAM 2014


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada tanggal 31 Oktober 2014, Mesyuarat Agung Tahunan 2014, telah berlangsung di Dewan Kuliah No.3, di kampus utama universiti. Mesyuarat ini adalah kolaborasi antara dua badan persatuan utama bagi komuniti pelajar Melayu di Volgograd, iaitu Kelab UMNO Volgograd dan IMAM Volgograd.

Majlis dimulakan dengan pembentangan aktiviti kelab pada sesi 2012-2014 (daripada setiausaha kedua-dua kelab) dan kemudian diteruskan pula dengan pembentangan perbelanjaan kelab sesi 2012-2014 (daripada bendahari kedua-dua kelab).

Aktiviti sepanjang sesi 2012/2013

Aktiviti sepanjang sesi 2013/2014

Mesyuarat diteruskan pula dengan ucapan Presiden KUV 2012/2014, Muhammad Abdul Aziz Bin Haladin, dan mantan Presiden IMAM, Mohamad Shahiedzat Bin Mohd Nordin. Kemudian, mesyuarat dilanjutkan dengan upacara perlantikan ahli jawatankuasa baru sesi 2014-2016.

Berikut merupakan barisan Majlis Tertinggi KUV 2014/2016:

Presiden: Muhammad Khairul Anuar Bin Mohd Halim
Timbalan Presiden: Mohammad Said Saufi Bin Zakariah
Naib Presiden 1: Nazurah Binti Puasa
Naib Presiden 2: Mohammad Ariff Fikri Bin Nasiruddin
Setiausaha: Nur Nazleen Shahira Binti Yusoff
Naib Setiausaha: Roszaiha Binti Hashim
Bendahari: Wan Mohd Zukefli Bin Wan Zakaria
Naib Bendahari: Nurzatul Izati Binti Hashim
Ketua Penerangan: Raja Ahmad Faisal Bin Raja Norman
Penolong Ketua Penerangan: Nur Fatin Amirah Binti Zepari

And now, I present you... *drum rolls*

Barisan Kepimpinan KUV 2014/2016

Add caption
Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa tertinggi yang baru saja dilantik.

"Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

-Surah Al-An'am:Ayat 165-

Semoga AJK KUV sesi 2014-2016 dapat memberikan khidmat terbaik dan mantap untuk menjaga kebajikan komuniti di Volgograd, terus amanah dalam menggalas tanggungjawab dan tetap bersemangat melangkah ke hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan yang lama atas segala komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap KUV. "The first step towards getting somewhere is to decide that you are not going to stay where you are". Thank you for taking that first step and bringing the community forward. Thank you, terima kasih, спасибо!

Akhir kata terima kasih juga diucapkan kepada komuniti pelajar melayu di sini atas sokongan dan komitmen sepanjang tertubuhnya KUV. Teruskan sokongan padu anda dan kami sangat menghargai kesemuanya.

Sign out.