Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.



“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaum-mu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.”
(QS At Taubah : 128)

Saban tahun pada tarikh 12 Rabiulawal, hampir semua rakyat Muslim di seluruh pelusuk dunia menyambut perayaan Maulid(kelahiran) Nabi Muhammad SAW. Semua dengan persiapan yang pelbagai. Namun hakikatnya, adakah kita semua benar-benar merasai dan menjiwai sambutan ini?

*tepuk dada, tanya hati, soal iman.*

Hari ini, umat Islam akan menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Walaupun ada yang kata tak payah sambut (bidaah) tapi ramai juga yang mempertahankan sambutan hari kelahiran baginda SAW ini.

Itu semua terpulang kepada anda, dan bergantung pada niat masing-masing serta haruslah disandarkan pada Al-Quran dan Hadis juga. Yang pasti, anda sebagai umat Islam wajib mengenali kekasih Allah ini. Kata cinta pada baginda? Tak kenal, maka tak cinta! Setuju?

Jadi, jom kita menelusuri serba sedikit peribadi dan kisah Nabi terakhir ini.



Masih banyak lagi yang ingin dikongsi, masih banyak lagi yang ingin dicerita. Pelbagai kisah nabi yang diceritakan dengan cara yang menarik sekali dapat dilihat di YouTube kini. Dunia kan di hujung jari. Jadi tiada alasan buat kita untuk tidak mengenali siapa baginda. ;)

Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi,
Tiada tandingan emas dan permata,
Kau pancarkan sinar Islam di seluruh pelusuk muka bumi.

Selawat dan salam buatmu kekasih Allah,
Saksikanlah kecintaan ini,
Saksikanlah kerinduan ini,
Kami merinduimu!

Friday, January 2, 2015

Tahun baru, azam baru?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Akhirnya, 2014 selamat melabuhkan tirainya *tutup diari 2014* dan kini, 2015 datang dengan menggendong pelbagai cabaran dan peluang buat kita semua!*buka diari 2015*.

Selamat Tahun Baru! Happy New Year!! С Новым Годом!!!

credit: google


Menjelang masuknya tahun 2015, pasti ramai yang mengimbas kembali, apa yang berlaku sepanjang tahun 2014 ya? Apa yang aku dah capai? Apa yang aku belum capai? Banyak persoalan yang pasti timbul dalam diri ini, membawa diri untuk merefleksi diri sendiri.

Kita dapat menyaksikan naik dan turun yang berlaku kepada diri, sahabat, keluarga, malah masyarakat di sekeliling kita. Terlalu banyak kisah pahit yang harus kita, rakyat Malaysia telan sepanjang tahun 2014. Lebih-lebih lagi penutup tahun 2014 dengan tragedi banjir yang paling buruk pernah berlaku di Malaysia bukan sesuatu yang ingin kita kenangkan. Namun, di sebalik ujian dan dugaan yang menimpa, pasti ada hikmah di sebaliknya. Itu pasti bagi mereka yang bersabar dan bagi mereka yang sentiasa mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Bagi menjadikan diri ini terus bergerak maju ke hadapan, azam ialah satu perkara yang harus kita perbaharui sentiasa, Bukan hanya sekali setahun, tapi sentiasa. Setelah berahun-tahun buat azam tahun baru dan cuba laksanakan azam yang telah dibuat, pasti sentiasa saja ada azam tahun baru yang berjaya dilaksanakan dan ada juga azam tahun baru yang gagal sama sekali dituruti.

Apabila kita bercakap tentang buat azam tahun baru yang mudah dicapai, ini bermaksud:

1) Azam itu sendiri biarlah logik dan tidak memberatkan diri sendiri.
2) Cara memilih dan melaksanakan azam yang betul.


Credit: google


Panduan buat azam tahun baru 2014

1. Jelas antara Kewajipan dengan Azam.
Ada orang yang jadikan solat lima waktu tak tinggal sebagai azam tahun barunya sedangkan itu merupakan satu kewajipan yang suka atau tak suka perlu dilaksanakan. Jangan sesekali kita keliru antara kewajipan dan azam.

Antara perkara yang tak perlu masuk dalam kategori azam:
-Semua ibadah wajib seperti solat, puasa di bulan ramadhan, zakat dan lain-lain.
-Menjaga perhubungan silaturahim seperti menghormati dan berbuat baik pada ibubapa, saudara mara dan lain-lain sepertinya.
-Menjaga kesihatan seperti punyai berat yang seimbang dan tidak gemuk berlebihan.
-Menjaga akhlak seperti tidak mengumpat, panas baran, sentiasa buruk sangka dan sebagainya.
-Menuntut ilmu. Semua tahu menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan pada kita dari kecil sampai mati dan ianya bukanlah satu pilihan nak buat atau tak mau buat.

2. Jangan jadikan kewajipan sebagai azam tahun baru.
Ada yang pilih azam tahun barunya adalah untuk menunaikan semua ibadah wajib. Anda tak perlu tunggu tahun baru untuk buat azam sebegitu dan jangan dikaitkan perubahan tahun untuk perkara-perkara yang wajib dilakukan.

3. Jangan pilih keputusan untuk dijadikan azam.
Jika anda pilih azam tahun baru adalah untuk kurangkan berat sebanyak 20 kilo, itu sebenarnya adalah keputusan. Pilihan sebegitu tidak akan mendatangkan kesan pada tahap berat anda.


4. Pilihlah jalan untuk mencapai keputusan.
Azam yang terbaik adalah dengan memilih jalan bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Dalam kes gemuk di atas, anda sepatutnya buat azam untuk berjalan kaki sebanyak 7 ribu langkah setiap hari. Itu lebih mudah dan dapat dilaksanakan berbanding azam turunkan berat 20 kilo.

Berikut disenaraikan beberapa azam tahun baru yang menarik untuk difikirkan:

Ibadah
Solat sunat Dhuha setiap pagi.
Solat witir sebelum tidur.
Selawat 100 kali setiap pagi dan petang.
Istigfar 100 kali pagi dan petang.
Puasa awal, pertengahan dan akhir bulan.
Bermuhasabah setengah jam setiap hari.

Kesihatan
Berjalan kaki 7 ribu langkah setiap pagi atau petang.
Makan nasi tengahari dan malam satu pinggan sahaja dan tidak bertambah.
Tidur pukul 10.00 malam setiap hari dan bangun pukul 5.30 pagi.
Makan buah dan sayur-sayuran setiap hari.
Minum air suam 8 gelas satu hari.

Ilmu
Habiskan membaca satu, dua atau lebih banyak, buku setiap bulan.
Membaca Tafsir Al-Quran setengah jam setiap hari.
Membaca kitab Hadith setengah jam setiap hari.
Membaca sirah Nabi setengah jam setiap hari.
Kongsi maklumat di FB atau twitter setengah jam sehari.
Belajar kemahiran baru sebulan sekali.

Ekonomi
Simpan 50rubble sebulan atau lebih banyak dari itu ikut keupayaan.
Beli dan jual barang sebulan sekali.
Belajar kemahiran baru sebulan sekali.
Mengemas dan membuang atau menjual barang terpakai sebulan sekali.
Belanja kawan-kawan makan seminggu sekali.

Ini merupakan antara panduan untuk membuat azam tahun baru 2015 bagi sesiapa yang masih mencari azam tahun barunya. Mungkin ada juga yang sudah pasang azam mengumpul duit untuk berkahwin tahun ini? Itu terserah kepada setiap individu. Yang penting, azamnya itu haruslah sentiasa membawa dia ke hadapan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”- [Ar-Ra’d 13:11]


Inspirasi daripada Mr.Shubhi.

Selamat Menghadapi Musim Peperiksaan!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sempena musim peperiksaan yang sedang berlangsung ini, Kelab UMNO Volgograd ingin mengucapkan selamat menghadapi musim peperiksaan kepada semua pelajar Volgograd!

Semoga Allah memberikan kejayaan yang membawa kebaikan buat kita semua dan bukannya yang akan terus membawa kita ke arah kealpaan.

"Rabbi zidna 'ilma"
O Allah, Advance us in knowledge.

Selamat maju jaya, dan buatlah yang terbaik. Apa pun keputusan yang diterima, bersyukurlah. It maybe not the best marks among the others, among your friends, but it is what the best that god give you for now and for your future. After all, He's the best planner. *senyum sampai telinga*

"Life doesn't require that we be the best. Only that we try the best."

Semoga usaha anda diberkati oleh Allah..