Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.

Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.



“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaum-mu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.”
(QS At Taubah : 128)

Saban tahun pada tarikh 12 Rabiulawal, hampir semua rakyat Muslim di seluruh pelusuk dunia menyambut perayaan Maulid(kelahiran) Nabi Muhammad SAW. Semua dengan persiapan yang pelbagai. Namun hakikatnya, adakah kita semua benar-benar merasai dan menjiwai sambutan ini?

*tepuk dada, tanya hati, soal iman.*

Hari ini, umat Islam akan menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Walaupun ada yang kata tak payah sambut (bidaah) tapi ramai juga yang mempertahankan sambutan hari kelahiran baginda SAW ini.

Itu semua terpulang kepada anda, dan bergantung pada niat masing-masing serta haruslah disandarkan pada Al-Quran dan Hadis juga. Yang pasti, anda sebagai umat Islam wajib mengenali kekasih Allah ini. Kata cinta pada baginda? Tak kenal, maka tak cinta! Setuju?

Jadi, jom kita menelusuri serba sedikit peribadi dan kisah Nabi terakhir ini.



Masih banyak lagi yang ingin dikongsi, masih banyak lagi yang ingin dicerita. Pelbagai kisah nabi yang diceritakan dengan cara yang menarik sekali dapat dilihat di YouTube kini. Dunia kan di hujung jari. Jadi tiada alasan buat kita untuk tidak mengenali siapa baginda. ;)

Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi,
Tiada tandingan emas dan permata,
Kau pancarkan sinar Islam di seluruh pelusuk muka bumi.

Selawat dan salam buatmu kekasih Allah,
Saksikanlah kecintaan ini,
Saksikanlah kerinduan ini,
Kami merinduimu!

No comments: