Monday, March 30, 2015

Quick Update on MIMC 2015 (Bulan cakna ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t and salam 1 Malaysia!

HIROSHIMA - 29 March 2015, Sunday, MSA together with Kelab Umno Luar Negara Volgograd - KUV and IMAM Volgograd Student Chapter has organized MIMC15.

The event is attended by officers from Msian Embassy in Moscow, Pn Ilham and En Saifuddin. The event has ended successfully. The competitions brought out to refurbrish med knowledges, strengthen the bond between people and to encourage knowledge-seeking culture.

The competitions were:
Preclinical years: Quiz, Physical examination, First aid.
Clinical years: King of Diagnosis, ECG, First aid.

The winners will be announced during the closing ceremony of‪#‎BulanCaknaIlmu‬. However #BulanCaknaIlmu is still otw. So join and grab any contests more to be brought for u guys everyday(?)! Keep updated.

Anyway, for those who would like to test ur knowledge on ECG (from the competition one) can click this link : https://www.dropbox.com/s/32bd40l…/ECG-competiton-2015.pptx…

Good luck!

Few words from the organizer:


"Pihak penganjur ingin berterima kasih kepada peserta2, para hadirin dan ahli2 jawatankuasa yg menjayakan program ini. Minta maaf atas segala kekurangan."


Last but not least, MrAqil, President of MSA of Volgograd!

"Salam and hello semua! Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan program MIMC/KOD yang mantap pada tahun ini, dan saya juga berharap supaya kita dapat meneruskan lagi mengadakan program2 berbentuk academik ini yang bukan sahaja memberi banyak input positive bagi setiap individu, malah dapat mengeratkan lagi hubungan diantara semua pelajar2 yang terlibat dalam program ini. *like emoticon*."

cnp, shared from MSA Volgograd.


Cc: MSA of Volgograd.

Pertandingan Debat (Bulan Cakna Ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia!

Dengar kata pelajar-pelajar Volgograd ni petah berbicara, lantang bersuara, bijak berfikir dan hebat buah fikirannya. Haa, apa kata abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik manis sekalian sertai kami dalam Pertandingan Debat Bahasa Melayu ala Parlimen!

Penyertaan TERBUKA kepada semua pelajar Malaysia dan setiap pasukan hendaklah terdiri daripada TIGA ORANG PESERTA sahaja.

Hantarkan penyertaan anda kepada page FB Kelab UMNO Volgograd -KUV. Usul Peribahasa akan diberitahu kemudian.



Saturday, March 28, 2015

Pertandingan Variasi Lirik (Bulan Cakna Ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!

Kelab Umno Volgogrrad tururt menyajikan para pelajar Volgograd dengan Pertandingan Variasi Lirik bersempena dengan Bulan Cakna Ilmu 2015.

Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan pantas yang dihantar ke page FB Kelab UMNO Volgograd -KUV. Pemarkahan penyertaan juga turut dikira dan ditambah mengikut batch masing-masing.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah bagi mengingat kembali lagu-lagu patriotik, lagu-lagu melayu lama yang makin hilang ditelan zaman. Disamping itu, dapat juga kita lihat kepelbagaian jawapan yang dihantar kepada kami menunjukkan kepelbagaian lenggok bahasa yang digunakan para pelajar dalam menyampaikan satu jawapan yang betul.

Wahhh, penyertaan yang diterima bukan sebarangan tau! Tak henti-henti page kami menerima kunjungan jawapan daripada pelajar-pelajar ini. Semangat betul mereka nak tambah mata buat batch masing-masing. Kami suka semangat anda! ;)

Berikut merupakan poster-poster bagi pertandingan ini:





Pemenangnya... *drum rolls*

Johan: Chia Chen Liew, Tahun 4
Naib Johan: Nurul Syamimi Azari, Tahun 5
Ke-3: Anis Syakirah Azizol Rahman, Tahun 3

Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan buat semua peserta dan tahniah juga buat para pemenang! Kami pasti kembali lagi, nantikan! ;)


Saturday, March 21, 2015

Pertandingan Peribahasa (Bulan Cakna Ilmu 2015)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!

Kelab UMNO Volgograd dengan rasa rendah hati telah membawakan kepada anda Pertandingan Peribahasa bersempena dengan Bulan Cakna Ilmu 2015.

Pemenang telah dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan pantas yang dihantar ke page FB Kelab UMNO Luar Negara Volgograd - KUV.

Objektif pertandingan ini diakan adalah untuk menguatkan kosa kata peribahasa dalam diri para peajar di samping mencungkil bakat berperibahasa masing-masing.

Berikut merupakan poster-poster bagi pertandingan ini.

Isi tempat kosong.

Teka peribahasa berdasarkan gambar!

Isikan tempat kosong lagi!

Bonus time! ;)
Penyertaan daripada pelajar-pelajar Volgograd adalah sangat memuaskan hati. Tak menang tangan kami dibuatnya. Spasibo bolshoe! Tahniah juga buat para pemenang dan semua peserta yang bersemangat untuk menambah mata bagi batch masing-masing. Kami suka semangat anda! ;)

Kami pasti kembali lagi! Nantikan!


Friday, March 13, 2015

Bulan Cakna Ilmu 2015

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!

Pujangga berkata "Semakin banyak pintu jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka".


Kolaborasi IMAM-KUV dengan kerjasama MSA mendatangkan kepada anda, bulan cakna ilmu dengan pelbagai aktiviti menarik dan mencerna kecaknaan minda!

Pelbagai aktiviti menarik diadakan, anataranya:

Aktiviti mencabar daripada Kelab UMNO Volgograd (KUV):
* Pertandingan Debat
*Pertandingan Sambung Cerpen
*Pertandingan peribahasa
*Pertandingan Sambung Pantun
*Pertandingan Variasi Lirik
*Pertandingan Translasi Dialek

Sementara itu, pihak IMAM pula menyajikan pelajar dengan aktiviti seperti:
*Pertandingan Teka Silang Kata
*Pertandingan Teka Harga dan Teka Punca
*Artikel-artikel tentang fiqh perubatan
*MIMC (kolaborasi antara IMAM dan MSA)

Pemarkahan adalah berdasarkan pengumpulan mata individu dan juga batch! Adakah anda pemenang bertuah? Batch manakah yang terhebat?

Nantikan!

cc: MSA Volgograd, IMAM Volgograd.

Tuesday, March 10, 2015

Bengkel Fotografi bersama Firdaus Ramle (Oxpicture)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!

Di kesempatan cuti ВОСЬМОЕ МАРТА pada tahun ini, buat julung-julung kalinya Kelab UMNO Volgograd (KUV) telah mengadakan BENGKEL FOTOGRAFI khas untuk warga pelajar Malaysia di Volgograd, Russia dan... penyertaan adalah percuma! *rugi siapa yang tak join!*


Pihak KUV telah menjemput khas saudara Firdaus Ramle (Oxpicture) dari Moscow untuk berkongsi ilmu fotografi beliau bersama para peserta.

Bengkel tersebut telah berlangsung pada 9hb Mac 2015, bermula dari pukul 10am hingga 4pm di Hotel Yuzhni dan seramai 40 peserta telah mendaftarkan diri untuk bengkel ini.





Bengkel berlangsung sebanyak 2 sesi, pagi dan petang. Pada sesi pagi, para peserta didedahkan tentang ilmu fotografi. Peserta diajar mengenai basic knowledge camera settings yang perlu diketahui termasuk aperture, speed, lighting dan sebagainya. Sesi pembelajaran secara teori tak akan lengkap tanpa praktikalnya kan? Peserta kemudian diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Sesi praktikal tersebut dijalankan di luar kawasan Hotel Yuzhni. Selesai dengan praktikal, bengkel berehat sebentar untuk sesi santapan rohani dan pastinya santapan jasmani juga! ;)





Bengkel kembali bersambung dengan sesi kedua iaitu bengkel photoshop. Para peserta juga telah dideahkan tentang ilmu photoshop yang ringkas dan mudah untuk diikuti. Lepas ni, ramai la yang akan photoshop gambar kan? Hehe. :)



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami dari pihak KUV amat berterima kasih kepada saudara Firdaus Ramle atas kesudian beliau untuk sama-sama berkongsi ilmu tentang dunia fotografi bersama kami pelajar Malaysia di Volgograd. Terima kasih juga diucapkan buat semua peserta yang tak putus-putus menunjukkan minat yang mendalam dan bersungguh-sungguh mempelajari ilmu fotografi ini. Terima kasih semua!






Moga-moga selepas ini, KUV akan berpeluang lagi untuk menjalankan program-program seperti ini.


* * * * *