Tuesday, March 10, 2015

Bengkel Fotografi bersama Firdaus Ramle (Oxpicture)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia!

Di kesempatan cuti ВОСЬМОЕ МАРТА pada tahun ini, buat julung-julung kalinya Kelab UMNO Volgograd (KUV) telah mengadakan BENGKEL FOTOGRAFI khas untuk warga pelajar Malaysia di Volgograd, Russia dan... penyertaan adalah percuma! *rugi siapa yang tak join!*


Pihak KUV telah menjemput khas saudara Firdaus Ramle (Oxpicture) dari Moscow untuk berkongsi ilmu fotografi beliau bersama para peserta.

Bengkel tersebut telah berlangsung pada 9hb Mac 2015, bermula dari pukul 10am hingga 4pm di Hotel Yuzhni dan seramai 40 peserta telah mendaftarkan diri untuk bengkel ini.





Bengkel berlangsung sebanyak 2 sesi, pagi dan petang. Pada sesi pagi, para peserta didedahkan tentang ilmu fotografi. Peserta diajar mengenai basic knowledge camera settings yang perlu diketahui termasuk aperture, speed, lighting dan sebagainya. Sesi pembelajaran secara teori tak akan lengkap tanpa praktikalnya kan? Peserta kemudian diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Sesi praktikal tersebut dijalankan di luar kawasan Hotel Yuzhni. Selesai dengan praktikal, bengkel berehat sebentar untuk sesi santapan rohani dan pastinya santapan jasmani juga! ;)





Bengkel kembali bersambung dengan sesi kedua iaitu bengkel photoshop. Para peserta juga telah dideahkan tentang ilmu photoshop yang ringkas dan mudah untuk diikuti. Lepas ni, ramai la yang akan photoshop gambar kan? Hehe. :)



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami dari pihak KUV amat berterima kasih kepada saudara Firdaus Ramle atas kesudian beliau untuk sama-sama berkongsi ilmu tentang dunia fotografi bersama kami pelajar Malaysia di Volgograd. Terima kasih juga diucapkan buat semua peserta yang tak putus-putus menunjukkan minat yang mendalam dan bersungguh-sungguh mempelajari ilmu fotografi ini. Terima kasih semua!






Moga-moga selepas ini, KUV akan berpeluang lagi untuk menjalankan program-program seperti ini.


* * * * *

No comments: